Episode17 : Ex

1.4K 136 0
                                    

Tik!

Tik!

Tik!

Jarum berdetik-detik dalam jam dinding yang tergantung di atas dinding sebelah rak buku yang ada di dalam ruangan tersebut. Dan apabila jarum Panjang dengan tepat berhenti di nombor 12, orang yang duduk dekat kerusi coklat dengan kaki tergantung pada arm rest serta berhayun bosan kerling ke arah pintu bilik.

9 malam.

Seperti yang dijanjikan, orang itu sepatutnya tiba di sini.

Dekat 10 saat, pintu itu tidak terbuka.

20 saat kemudian, masih lagi tidak bergerak.

Sehinggala 5 minit kemudian.

"Mana dia?"

"Maybe tengah makan lagi."

"Makan kepala kau!Sekarang dah habis waktu makan."

"Sabar la kejap lagi sampai la tu."

Terdapat tiga lelaki yang berada dalam ruangan itu. Seorang sedang duduk, seorang berdiri sambil pegang ipad di tangan, seorang lagi sedang bertengek dekat tembok batu jendela di situ memetik gitar.

"Aku tak sabar. Biar aku yang cari dia." ujar yang duduk dekat kerusi coklat tadi. Dia baru sahaja bangun dari situ sewaktu pintu bilik tu terbuka lalu ditolak ke dalam. Hal itu buatkan mereka bertiga tersentak lalu pandang ke arah pintu tersebut.

Selepas menunggu lama, akhirnya muncul jugak orang ini!

Aaliyah berdiri dekat situ dengan muka blank dan mata bulatnya sewaktu melihat tiga lelaki senior tahun akhir semester akhir di depannya.

Tak sangka pulak ya, tiga pemilik ranking tertinggi dalam akademi ini adalah pemilik rating 10. "Did you call me here?"soal dia sambil tutup pintu bilik tu.

"Macam tu ke kau tegur ex kau?"tegur lelaki yang berdiri dari duduknya tadi.

Tersengih Aaliyah lepas dengar. Dia silangkan tangannya ke dada.

Well everyone kenalkan, kekasih setahun setengah dia, Isaac Norman. Best student akademi ni.

Macam mana dia boleh bercinta dengan lelaki ni?Semua ni bermula pada majlis prom pada musim bunga semester dua tahun satunya.
Dari situ mereka berkenalan dan Bersama sebelum putus.

Alasannya?

Hanya disebabkan dia tak cukup bagus untuk jadi pasangan lelaki ni jadi hubungan mereka diputuskan.

Macam tak guna saja alasannya kan?

"Cakap je la apa awak nak."ujar Aaliyah dengan nada tak pedulinya.

Isaac jalan dekati Aaliyah sebelum berdiri melangit di depannya dengan tangan mencekak pinggang. "Beritahu aku...betul ke yang kau kena ajar anak dekan?"

Aaliyah buat muka tak faham sewaktu pandang Isaac. Keningnya mencerun hairan.

Apa isu semua orang dengan dia tutor anak dekan ni?

"Memangnya apa urusannya dengan awak?Saya ada ganggu awak ke?" soal Aaliyah dengan nada jengkel.

"Sebab itu ke rating kau naik?Dekan yang bagi favour pada kau?"tuduh Isaac lagi dengan muka tak puas hati. "Aku dapat tahu rating kau dari 6 pergi ke 8 dalam masa yang singkat lepas berita kau jadi tutor anak dekan. Terdesak sangat dah?"

Terangkat tinggi kening Aaliyah dibuat tuduhan itu.

What the hell!

Tak sayang mulut apa lelaki depannya ni. Suka hati je nak fitnah!

"Awak tu yang dah kenapa?Suka hati je nak menuduh saya. Yang awak pun satu...siapa suruh tengok rating orang lain tanpa kebenaran. Awak tahu semua tu salah kan!" marah dia pula sambil dongak membalas renungan mencabar Isaac. Ish!Sakit pulak hati dia tiba-tiba.

"Aku rating 10, aku dapat banyak benefit dari semua ni. Termasuk untuk tahu siapa punya rating paling tinggi dalam akademi ni termasuk kau punya. Sekarang beritahu aku , kau yang mintak sendiri jadi tutor ni atau kau di beri offer dari dekan?" Isaac dekatkan lagi dirinya ke Aaliyah. Sakit hati dia lepas dengar berita ni dari mulut pelajar lain yang bergosip mengenai anak dekan yang di katakan hot dan popular tu!

Rimas dengan jarak mereka berdua yang begitu rapat, Aaliyah undur ke belakang lalu berdengus tak suka sambil selak rambutnya ke belakang dengan kasar. Nafasnya naik turun nak naik angin dekat situ.

"Ya! Saya yang mintak. Macam awak cakap tadi. Saya terdesak sangat nak hidup senang dekat sini. Sebab itu saya mintak tolong dekan dengan jadikan Sebab itu dia naikkan rating saya. Puas hati sekarang?"lafaznya dengan berang. Apa gunanya kalau dia nafikan hal sebenar. Bukannya Isaac akan percaya kata dia.

"Kau-"Isaac gerak nak dapatkan Aaliyah sekali tu dia Nampak mata Aaliyah kemerahan seperti mahu menangis, terus terbatal niatnya.

"Jadi sebab itu awak putuskan saya?Sebab rating saya rendah dan rating awak tinggi??Sekarang bila rating saya naik baru awak nak menyinga?Kenapa insecure ke sebab saya boleh take over kedudukan awak?" soal Aaliyah dengan air mata betakung di kelopaknya.

Dua orang rakan Isaac yang ada di situ perhatikan perbalahan dua orang tu tanpa berkata apa-apa. Dulu kalau boleh dua orang ni seperti belangkas. Sentiasa berkepit dan lovey dovey, Entah kenapa boleh berubah angin dan dua orang ni pun berpisah.

Sementara Isaac yang dengar tak tahu nak balas apa. Dia hanya mengetap gigi erat-erat sewaktu tatap wajah kemerahan Aaliyah.

Sambil buat muka kecewanya, Aaliyah kerling ke sekeliling ruangan tu sebelum pandang semula ke Isaac.

"Mulai hari ni jangan awak cuba-cuba dekati saya apa lagi masuk campur urusan saya. Ingat sikit. Awak yang putuskan relay kita. Jadi jangan lepaskan marah awak pada saya hanya kerana saya semakin bagus dari awak."tegas dia sebelum keluar dari bilik tu dengan hempasan pintu yang kuat.

Dua orang itu kemudian jalan mendekati Isaac lalu berdiri di samping rakan mereka sambil pandang ke pintu. "Apa kita nak buat sekarang?"tanya Hector.

Isaac mengepal penumbuknya menahan sabar. "Kita tengok keadaan dulu."

"Silap langkah, Aaliyah boleh menyusahkan kita."ujar Ken pula.

Isaac pandang ke pintu bilik tu dengan renungan jahat dia. Kalau macam tu terpaksa la dia lakukan sesuatu mengenainya.

23. The Hierarchy Where stories live. Discover now