20 : Stalker?

3.3K 40 11
                                    

  "Korang pergi mana? Penat tau kitorang tunggu" ujar Jun.

"Ouh, sorry... kitorang jalan-jalan tadi lepastu Fikrie belikan saya gelang ni, cantik tak?" balas Mia sambil menunjukkan gelang di tangannya.

"What? Gelang?" balas Jun dalam nada yang agak terkejut.

"Yes, gelang... kenapa ni Jun?"

"What a stupid thing to buy..."ujar Jun.

"Apa maksud awak ni Jun?"

"Ouh sorry Mia, saya tak ada mood sikit.. sorry saya terlepas cakap" balas Jun apabila dia tersedar dengan cara percakapannya yang agak kasar.

"Okay... but first of all, benda ni tak stupid langsung atau boleh saya cakap benda ni bukan benda bodoh. This is hadiah from Fikrie to me, awak tak perlu kot nak cakap macam tu. Lagi satu Jun saya tak pernah nampak awak cakap macam ni, ni first time saya dengar benda macam tu keluar dari mulut awak" balas Mia, dia memang sudah tidak boleh tahan apabila Jun mengatakan gelang itu adalah benda bodoh untuk Fikrie beli. Panas hatinya bila ada orang yang mencaci niat baik Fikrie.

"Sorry, Mia saya minta maaf. Mood saya tak berapa elok. Im so sorry, tapi gelang tu cantik, serious saya tak tipu" balas Jun.

Mia menarik nafas panjang. "Okay" ujar Mia. Malas nak memanjangkan benda yang kecil, badannya pun sudah tidak bertenaga untuk sebarang perbalahan. Mungkin Jun memang betul-betul mood swing. Period mungkin. Aku pun kalau dah takde mood semua benda tak kena.

***

Lebih kurang jam 8 malam Mia tiba di rumah. Mia menarik beg roda yang dibawanya dan menuju ke tingkat atas rumahnya.

"Mia.. wait" kedengaran satu suara dari ruang tamu.

"Eh,  papa.. rindunyaaa" jerit Mia.

"Kau ni pergi mana? 3 hari tak balik rumah, balik pun tengah malam buta. Kau fikir kau dah habis sekolah kau tu besar sangat? Aku taknak kamu jadi macam perempuan kat luar sana yang dah banyak rosak" ujar papanya dengan suara yang agak tinggi.

Mia tergamam. Tidak sangka pula yang papa akan memarahinya sebegitu.

"Mia ingat papa dah tahu dari mama, mama pun okay je.." balas Mia. Nada suaranya bergetar.

"Memanglah, tapi lain kali jumpa dulu papa depan-depan, mintak izin dulu betul-betul, tah dengan lelaki mana tah kamu ikut. Papa tengok tadi bukan main kereta mazda dekat luar tu, kamu ni main sugar daddy ke Mia?" marah papanya.

"Apa papa mengarut ni?" ujar Mia. Tergamak papanya menuduh Mia sedemikian. Tidak terfikir langsung untuk harga dirinya dijual sebegitu kepada lelaki-lelaki yang seumur bapanya Geli adalah.

"Haaa, tahu takut. Tak adalah papa tak marah, papa tahu Mia pandai jaga diri. Mana oleh-oleh untuk papa? Takkan takde? Kalau takde papa nak merajuk" balas papanya.

"Hish papa ni, lagi sikit Mia nak kena serangan jantung" balas Mia. Tulah aku pelik, sejak bila pula papa aku ni jadi 'strict parents', selamani aku hangout lepas sekolah dengan kawan-kawan pun tak ada pula dia nak kesah sangat. Tapi risau tu adalah, cuma takdelah sampai nak kongkong aku keluar dengan siapa. Kadang-kadang bersyukur jugak ada parents macam Mama dan Papa, diorang tahu yang kalau kongkong anak sangat pun takkan menjadikan diorang anak yang baik.

"Nah keychain" Mia menghulurkan keychain berbentuk kapal kepada Papa.

"Aik, keychain je? Bawakla makanan ke, baju ke, adoi ko ni Mia"

"Alah papa pun tak bagi duit" ujar Mia sambil menjelirkan sedikit lidahnya kepada Papa.

Papanya hanya menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum kecil.

"Ahhh, rindunya dekat katil aku. Sorry katil aku curang tidur dengan katil lain semalam" Mia menghempas dirinya di atas katil. Matanya ditutup sekejap untuk menghilangkan penat yang tidak surut lagi.

Mia menggapai telefon bimbitnya.

'3 photos from unknown'

"Huh? Siapa pulak bagi gambar ni?" Mia menekan mesej tersebut. Matanya terbeliak melihat gambar-gambar tersebut.

Gambar tersebut adalah gambar Mia yang sedang khusyuk melihat ombak di pantai tempat mereka bercuti. Tetapi gambar tersebut seperti diambil dari arah yang jauh.

Mia menekup mulutnya. Tangannya menggigil. Dengan pantas dia melihat sekeliling biliknya jikalau ada orang yang sedang memerhatikannya.

Who the fuck is this..? Bila masa dia ambil gambar aku?

Mia menutup telefon bimbitnya.

"Fucking psycho" ujar Mia sendirian.

Mia tidak mahu memanjangkan mesej jadi dia terus delete dan block nombor tersebut. Mia berfikir positif, mungkin staff di hotel tersebut. Lagipun bukan senang stranger nak dapatkan nombor Mia.

Walaubagaimanapun, Mia berasa seram sejuk. Seperti ada seseorang yang mengikutnya pergi ke holiday tersebut. Persoalannya, siapa? Setahu Mia dia tidak mempunyai musuh. Farah? Itu bukan musuh, itu cuma rakan lamanya. Bagaimana jika orang tersebut sedang memerhatikan gerak-gerinya sekarang?

Mia segera bangun dan menutup langsir tingkap biliknya. Hatinya berasa tidak tenang. Mungkin lebih baik untuk dia merahsiakan perkara ini dari sesiapa. Dia tidak mahu orang sekelilingnya risau. Mungkin ada orang yang cuma menakut-nakutkannya.

Mia menarik nafas panjang.

Ah, ni mesti kerja Nazmi ni nak takut-takutkan aku.. Tapi, tak silap aku time ni Nazmi dengan Fikrie. Ah, mana ko tahu ko pun sibuk termenung. Dahlah, takde motif kalau orang nak send gambar macam ni dekat aku. Mungkin sebab aku cantik sangat kot masa tu, tu yang dia snap gambar aku senyap-senyap. Mampus lah sana! Sekarang aku nak tidur lagi bagus

Mia menarik selimut dan menyelubungi diri.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 15, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Perlanggaran Cinta 🚷 Where stories live. Discover now