c h a p t e r 0 5

85 24 6
                                    

"AKU tumpang rumah mak cik aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"AKU tumpang rumah mak cik aku. Waktu cuti aku kerja lah sebab aku tak mahu terhutang budi dengan keluarga mak cik aku tu. Cukup lah mereka dah beri aku tempat tinggal untuk aku berteduh. Kalau tak, merempat tepi jalan lah alamatnya."




Masih terngiang-ngiang suara Airis di benaknya. Sekejap gadis itu ke hulu, sekejap dia ke hilir pula mengangkut kotak berisi bahan bacaan. Sebentar lagi, kelibatnya terlihat mengelap rak buku sambil tak jemu berleter. Jadean cuma pandai memasang telinga.






Tidak juga menyahut. Sebaliknya lelaki itu lebih suka meneliti barisan buku yang tersusun elok di hadapan mata.

Satu-satunya sahabatnya itu memang kuat bercakap. Kejap lagi, ada lah gadis itu mengadu sakit tekak sebab terlalu banyak bercakap. "Kau datang sini nak jumpa aku ke? Macam mana kau boleh tahu aku kerja dekat sini?"






Airis menyoal sedikit teruja. Jadean pandang wajah Airis. Tugasnya mengemop lantai ditangguh dahulu. Dia ingin menagih penjelasan daripada Jadean. "Aku datang nak beli buku. Tak tahu pula kau bekerja dekat sini." Jadean menjawab acuh tak acuh.




Airis muncungkan bibirnya, tidak puas hati dengan respons sejuk beku daripada Jadean.

Dia sengaja menyoal. Padahal dia sudah tahu akan respons Jadean. Kalau bukan kerana hendak membeli buku, memang payah hendak melihat muka Jadean berada di luar selain waktu sekolah.



Itu pun kebetulan sahaja mereka bertembung. Barangkali kedai buku ini benar-benar menarik perhatian pemuda itu sehingga dia tekad hendak datang singgah. "Kau jaga kedai ni sorang-sorang?" Kali ini, giliran Jadean menyoal.




Sebuah, dua buah hingga tiga buah buku dibawa ke kaunter pembayaran. "Giliran aku hujung minggu. Pekerja yang lain cuti."





Usai mengemop lantai, Airis lekas menapak ke kaunter. Tuan punya kedai punya urusan di luar. Dia lah yang diamanahkan untuk menjaga kedai. Bukan main tebal bahan bacaan yang dibeli Jadean, mahu ambil sebulan menghabiskannya. "Kau dah nak balik?" Buku yang siap dimasukkan ke dalam plastik dihulurkan kepada Jadean.

Jadean sambut pemberian itu. "A..Aku belum habis tengok lagi buku dekat sini.





Dekat atas ada apa pula?" Airis tersenyum sendiri. Mahu ketawa berdekit-dekit dia melihat telingkah Jadean. Kerap kali mengelak dari bertembung mata dengannya.


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[RW] Dead Ringer Where stories live. Discover now