𝟑.𝟏

42 11 69
                                    

Syafiq P.O.V

Kenapa adik dah berubah. Aku ada buat salah ke? Kenapa?

Kau ubahlah sikap dia, Ya Allah.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba telefon pintar aku berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Dengan segera, aku mengangkat panggilan tersebut.

"Kau nak apa?"

"Aku nak tolong kau cari kerja. Jom!" Balas Latif. Jarang seorang Latif itu mahu menolong aku waktu cuti sebegini. Mesti ada sebab lain.

"Kau dekat mana? Jangan berbual je, tapi takde pun."

"Aku dekat belakang kau," kata Latif dengan yakin.

Aku pun toleh ke arah belakang, tetapi tiada sesiapa pun di situ.  Yang di hadapan aku ni pun ada seorang mak cik tua.

"Kau salah orang ni."

"Oh, yalah. Hehe, kau dekat mana?" Tanya Latif.

"Baru keluar rumah."

"Cis, cara cakap macam dah jauh dari rumah." Geram Latif dibuatnya dengan kata-kata aku tadi.

"Tenang bah, kau nak jumpa dekat mana?"

"Dekat kedai aiskrim!" Jerit Latif teruja.

"Alright beruk." Belum sempat Latif membalas, aku lebih cepat menamatkan panggilan.

Syafiq P.O.V end

¶:)¶

Di Ice Cream Oishi (nama kedai aiskrim).

"Bro, kenapa kau nak jumpa dekat sini?" Syafiq bertanya sejurus selepas dia menjumpai Latif yang sedang khusyuk menikmati aiskrim.

"Oh, nak charge energy dulu." Balas Latif dengan mulut yang comot dan dipenuhi dengan aiskrim itu.

"Ceh, macam kau yang nak kerja." Sindir Syafiq. Setahunya, hanya dia sahaja yang ada perancangan untuk mencari kerja sambilan manakala Latif pula lebih cenderung untuk duduk di rumah bermain permainan video.

"Kau fikir mak aku bagi aku goyang kaki je dekat rumah? Sebagai anak yang baik, kita kena dengar cakap mak. Tak begitu?" Balas Latif pula.

Syafiq hanya tergelak melihat gelagat Latif. Sejujurnya, dia cemburu akan Latif kerana kawannya itu masih ada seorang emak untuk menegur segala kesalahan dan memuji kebaikannya.

"Kau tak nak ice cream?" Pelawa Latif sambil menghulurkan sudu aiskrim kepada Syafiq.

"Kau bagi sudu je buat apa. Bagilah aiskrim sekali." Gurau Syafiq.


"Kau nak ice cream apa? Aku belanja." Latif yang seakan tersedar akan keadaan Syafiq segera bangun untuk pergi mengambil aiskrim untuknya.

"Serius ke ni? Thank you, Latif! Aku nak perisa mint choco." Balas Syafiq dengan senyuman yang lebar.

"Aiskrim ubat gigi tu? Okay, tunggu sekejap." Sempat Latif mentertawakan Syafiq kerana perisa aiskrim kegemarannya itu.

¶:)¶

Di sekolah Rina.

Rina berjalan turun dari atap sekolahnya. Dia bergerak ke kelasnya dengan cepat supaya tidak bertemu dengan Tiara.

Tetapi, jodohnya dengan Tiara lebih kuat. Mereka pun bertemu di hadapan tandas.

¶:)¶

𝘿𝙞𝙖𝙧𝙮Where stories live. Discover now