𝟓.𝟏

33 7 22
                                    

Pancaran matahari memasuki ruang tamu rumah Rina dan juga Syafiq. Ia bermakna, masa untuk Rina ke sekolah sudah tiba. Dia jalan secara perlahan kerana tidak mahu mengejutkan Syafiq.

"Nasib baik abang tidur lena. Siapa suruh balik lambat," kata Rina sebaik sahaja dia berjaya ke luar dari rumah. Waktu pada itu menunjukkan pukul 6.30 pagi.

Dia berjalan menuju ke perhentian bas, tempat di mana dia menunggu basnya tiba. Dalam perjalanan itu, dia sempat bernyanyi perlahan. Nampaknya mood dia baik pagi ini.

Rina tiba di perhentian bas setelah berjalan agak lama dari rumah. Kawasan perhentian bas masih lenggang. Mungkin kerana waktu ketika itu masih awal lagi. Hanya Rina sahaja yang berada di situ.

Sementara menunggu, dia mengelamun. Sedang dia sibuk berfikir, tiba-tiba matanya tertutup sendiri. Dengan persekitaran yang gelap dan juga cuaca yang masih sejuk, ia telah membawa Rina masuk ke alam mimpi.

¶:)¶

"Nak, bangun nak," suara itu memasuki gegendang telinga Rina. Dia membuka matanya perlahan. Setelah meneliti keberadaannya dia bingkas bangun.

Rina meneliti jam tangannya. Jarum jam telah berada pada angka tujuh. Dia mula gelabah. "Mak cik, awal tadi ada bas dah datang ke dekat sini?" Tanya Rina setelah melihat di perhentian itu hanya ada dia dan juga mak cik itu saja.

Mak cik itu hanya mengangguk. Dia dalam perjalanan hendak pergi ke kerja, tetapi berhenti sekejap apabila melihat Rina tidur dengan lena di atas bangku. "Maaf ya nak, mak cik pun nak pergi kerja ni. Tak dapat nak tolong kamu," mak cik yang umurnya dalam sekitar 50-an itu segera beredar.

Rina mendengus. Takkan dia nak berlari pula pergi sekolah. Kira-kira 40 minit lebih juga nanti.

"Gatal sangat nak keluar awal. Buat hal betullah aku ni," Rina memarahi dirinya sendiri.

Masa berjalan. Dia mengerling ke arah jam tangannya lagi. Jarum yang bergerak seakan mencucuk-cucuk jantungnya.

Setelah puas berfikir. Dia mengambil nafas yang dalam sebelum memulakan sesi larian untuk pergi ke sekolah. Memandangkan hari ini dia memakai baju sukan, senang untuk dia buat pecutan tanpa had.

Beberapa langkah selepas Rina berlari, dia terbongkok-bongkok di tengah laluan pejalan kaki. Nafasnya naik turun. Sebagai seseorang yang bukan ahli sukan, berlari seakan-akan membunuhnya pada ketika itu.

"Kenapa sekolah aku tiba-tiba jadi jauh pula ni?" Rungut Rina. Selama ini dengan menaiki bas, waktu yang diambil hanya dalam 10 minit sahaja. Tetapi kali ini, 10 minit saja masih dapat dilihat perhentian bas tadi.

"Ish, aku naik teksi sajalah." Dari dia penat kan diri berlari, lebih baik dia naik teksi saja. Tambahan, masa untuk pagar sekolah tutup juga tinggal 20 minit saja lagi.

Terjulur kepalanya ke arah jalan raya. Kenderaan telah pun memenuhi jalan raya jadi sukar untuk Rina mencari kelibat teksi di mana-mana.

Dia melambai-lambai tangannya. Tetapi malang, tiada siapa yang sudi berhenti untuk dia. Masa yang tinggal hanya 15 minit saja lagi tetapi Rina masih tidak putus asa.

Dikeluarkan payung ungu yang dibawanya lalu di halakan ke arah langit. Syukur, usahanya kini berhasil. Sebuah teksi sudi untuk memberhentikan kenderaannya.

Rina tersenyum lega. Baru sahaja dia mahu masuk ke dalam teksi tersebut, orang dari dalam teksi keluar untuk memberi ruang kepada Rina.

"Terima kasih," Rina masuk ke dalam perut teksi itu sambil mengucapkan terima kasih. Dia tidak memandang langsung ke arah gerangan manusia yang memberi peluang kepada dia itu.

"Sama-sama. Hati-hati di sekolah," balas manusia itu. Rina tersentak. Suara itu seakan terngiang-ngiang di dalam fikirannya.

Tetapi dia sudah terlambat, disimpan sahajalah hasrat untuk bertegur sapa.

¶:)¶

Jam telah menunjukkan pukul 7:20 dan Rina akhirnya sampai juga di perkarangan sekolah.

"Terima kasih," kata Rina sambil menghulurkan RM 10 kepada pemandu teksi itu.

"Terima kasih. Ah cik!" Pemandu teksi tadi mengeluarkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Rina. "Lelaki tadi suruh pak cik bagi kad ni dekat cik."

Rina pun mengambil kad yang dihulurkan oleh pemandu teksi itu lalu dia masuk ke dalam pagar sekolah dengan tergesa-gesa. Sempat dia melambai pemandu teksi itu.

¶:)¶

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝘿𝙞𝙖𝙧𝙮Where stories live. Discover now