KEPERCAYAAN

1.3K 1 1
                                    

"Mama...mamaa.." kedengaran suara sayu seorang anak kecil,matanya memandang satu susuk tubuh yang terduduk dihadapanya sambil menutup mukanya dengan tangan. Terdengar esakkan kecil daripada wanita tersebut seakan-akan ada keperitan yang sakit sedang dirasakannya sehingga tidak mampu untuk menangis sekuat hati.

"Mama...mamaa kenapa? tanya si kecil yang baru berusia 4 tahun itu sambil wajahnya sedikit berkerut tidak memahami apa yang sedang terjadi,wanita itu mengangkat mukanya secara perlahan sambil memandang tepat ke arah si kecil dihadapannya.Tangannya mengusap lembut pipi gebu anak kecil itu,

" Fifi sayang mamakah?"

sambil tangisan air mata membasahi pipinya, hanya  satu perkataan itu sahaja yang berlegar-legar di fikirannya saat itu...SAYANG..

*****

Tutt..tuttt..tuuuttt..kedengaran bunyi mesej masuk diaplikasi whatsapp milik telefon bimbit gadis tersebut, debaran jantungnya tiba-tiba sahaja berdegup kuat  saat membaca mesej tersebut dan jari-jemarinya kelihatan ada keketaran sedikit.

"Saya mencintai ko scarlette.."

ayat itu membuatkan gadis tersebut berulang kali membacanya seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku,hatinya berasa sungguh bahagia bercampur gembira yang tidak mampu dia ungkapkan. Perasaan itu sudah lama dia tidak rasakan sejak kali terakhir semasa dia mendapat keputusan untuk melanjutkan pengajian di kolej, dia melihat semula nama pengirim mesej tersebut dengan penuh rasa bahagia,Jay..nama yang selama ini selalu mengambil berat tentang dirinya, selalu menjadi penghibur dikala suka dan dukanya. Perkenalan selama 2 tahun itu dimulai daripada satu majlis hari jadi yang diadakan oleh rakan-rakan mereka dahulu.
  
Telefon bimbitnya berbunyi lagi, dilihatnya nama pengirim tersebut adalah Jay.

"scarlette..kalau boleh saya mau kita jumpa ni petang,sebab cara begini macam inda gentle pula saya rasa.." Sambil emoji senyum mengakhiri mesej tersebut.

senyuman manis terukir di wajah gadis itu dan jari-jemarinya perlahan-lahan menaip untuk membalas semula mesej itu

" Ok Jay..kita jumpa ni petanglah di tempat biasa.."

lalu dia menghempaskan badannya diatas katil, senyuman gadis itu tidak lari dari wajahnya sejak tadi. Perasaannya saat itu sukar digambarkan,kegembiraan yang dia sedang alami itu seperti hendak teriak sekuat-kuatnya untuk menunjukkan apa yang dia rasai.
  
Jay mencapai minuman yang dipesannya 5minit lalu, dia mengangkat cawan tersebut sambil meniup perlahan untuk menyejukkan nya, Mocha panas itu memang sangat digemarinya dan sambil menghirup perlahan minuman tersebut, matanya segera melirik ke arah seorang gadis dihadapannya yang  berseluar jeans biru muda dan memakai T-shirt berwarna putih,rambut panjangnya menghurai lurus sehingga paras dada sambil ditangannya memegang telefon bimbit dan dompet berjalan ke arahnya.
   
"Lama sudah ko sampaikah ni.."
Scarlette memulakan bicara sambil perlahan menarik kerusi kosong dihadapan jejaka tersebut untuk duduk.

"Lama sudah baini...2 minit yang laluu lagi..hahahaaa"

sambil diiringi gelak tawa untuk mengusik gadis itu. Scarlette tersenyum manis melihat Jay dihadapannya,matanya tertumpu pada paras rupa jejaka tersebut.
Jay anak kelahiran kacukkan sino kadazan itu sememangnya mempunyai muka persis seperti model,matanya yang sepet ditambah lagi hidungnya yang mancung ,mulutnya yang seksi mempunyai lesung pipi di kedua-dua pipinya dan kulitnya yang putih itu membuatkan scarlette tiba-tiba merasa bertuah mempunyai kenalan sekacak dia.

Jay juga sangat pandai menjaga penampilannya dengan baik,rambutnya sentiasa kemas dengan potongan trend zaman sekarang dan ditambah lagi perfume yang sangat wangi dipakainya membuatkan sesiapa saja gadis yang dekat dengannya mampu jatuh hati.
  
"Ko mau makan?"Jay bertanya kepada scarlette membuatkan hayalan scarlette terhenti.

SCARLETTEWhere stories live. Discover now