• t h i r t y •

270 63 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


. . .

"Aku tak sangka kau bijak untuk jadikannya sarapan pagi arnab."

Yoongi di hadapan hanya diam.

Aku dan dia kini duduk berhadapan. Sedang menikmati sarapan pagi kami di cafeteria.

Meja yang diduduki aku dan Yoongi , kosong semuanya. Mungkin disebabkan budak lain terlalu takut untuk duduk di meja yang sama dengan kami.

Pembetulan , meja yang sama dengan Min Yoongi.

"Yoongi , kau tak bagitahu aku pun yang kau juga... mempunyai pemikiran yang sama seperti aku."

Aku tersenyum sinis.

Perlahan sesudu sup ayam itu aku masukkan ke dalam mulut. Menikmati sarapan pagi yang enak ini.

Tiba tiba Yoongi menghempas chopsticknya di atas dulang makanannya.

Perlahan wajahnya diangkat ke atas dan kini renungan tajam diberikan tepat ke wajah aku membuatkan aku sedikit pelik dengan kelakuannya.

Sebelah kening aku diangkat ke atas. Memandangnya dengan pandangan pelik , meminta penjelasan.

"Park Jimin."

"Hurm ?" aku tersenyum comel , memberinya eyesmile.

"Boleh kau buang perempuan tu ? Cari actress yang baru."

Senyuman aku serta merta mati.

Dia melepaskan keluhan beratnya sebelum membukal mulut kembali , cuba untuk memberikan penjelasan yang cukup baik kepada aku.

"Aku... aku tak rasa dia sesuai dengan pekerjaan ni dan kau sendiri nampak yang dia tak tahan dengan benda ni. Lagipun dia perempuan. Takkan kau nak perempuan yang membunuh dan berhadapan dengan benda kejam ni ?"

Riak wajah aku serta merta berubah.

"Kau... buat aku tak suka balik dekat kau , Min Yoongi."

Ujar aku dengan nada suara dingin. Malas ingin bertentang mata dengannya , kini aku memberikan perhatian hanya kepada sarapan aku sahaja.

"Park Jimin , kau sendiri nampak dia bukan main takut semalam. Takkan kau nak dia hancurkan rancangan kau untuk teruskan live stream ? Kalau dia terbuat silap macam mana ?"

"Aku takkan benarkan mana mana antara kau orang buat kesilapan."

"Ha tu lah yang aku cakap. Kalau kau kekalkan dia dalam kumpulan kita , live stream kita mesti akan hancur."

Aku berhenti mengunyah.

Pantas aku mengangkat wajah dan merenung tajam ke dalam anak mata Yoongi. Memberikan pandangan penuh menakutkan yang pernah aku berikan.

"Kalau dia quit... aku akan bunuh dia."

Yoongi tersentak.

"Kalau kau orang ada rancangan untuk khianati aku , baik berhenti sahaja. Sebab aku... takkan lepaskan kau orang."

Yoongi hanya diam.

"Dan kau..." renungan kosong aku berikan kepada Yoongi.

"Kau baru sahaja buat aku sukakan kau beberapa jam yang lalu... tapi sekarang kau masih stuck dengan kelamahan kau."

"Kelemahan ?" Berkerut wajah Yoongi.

Aku berdecit halus.

Tidak menyangkakan bahawa dia sendiri tidak tahu menahu tentang kelemahan yang memang dia miliki.

Aku mengangkat wajah lalu merenung ke dalam anak matanya dalam. Perlahan mengukirkan senyuman sinis.

"Kau lemah... dengan jantina yang lemah."

Riak wajah Yoongi mula berubah.

"Disebabkan noona berkelakuan lemah semalam , kau bagitahu dia untuk habiskan kerja dia cepat malam ni."

"Tapi dia tak pergi kerja harini."

"Eo ? Wae ? Sebab trauma dengan apa yang aku buat semalam ?" aku tertawa sinis.

Yoongi hanya kekal membisu.

Riak wajah aku serta merta berubah. Menjadi dingin. Memberikan satu pandangan yang sukar unruk sesiapa tafsirkan kepada Min Yoongi.

"Suruh noona datang ke rumah aku sebelum kita balik ke sekolah."

"Untuk apa ?"

"Aku... nak beri dia hukuman."

Aku tersenyum lebar.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now