• t h i r t y - o n e •

264 63 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

. . .

"Jimin ?"

Saesong mengerutkan wajahnya , matanya meliar memandang sekeliling. Pelik dengan suasana rumah lelaki itu yang gelap.

Tadi ditelefon untuk datang ke rumah Jimin. Katanya Yoongi dan Jimin sudah ada di rumah. Tapi bila Saesong sampai sahaja , gelap gelita.

Perlahan Saesong menutup pintu utama. Walaupun terasa aneh , namun dia teruskan juga perjalanannya untuk masuk ke dalam rumah Park Jimin.

Kasut yang dipakainya itu ditanggalkan lalu disusun di rak kasut yang tersedia di dalam rumah Jimin. Melihatkan sepasang kasut Yoongi di situ , Saesong tersenyum.

"Yoongi ? Jimin ?"

Sambil kepalanya ditoleh ke kiri dan ke kanan berulang kali , langkahnya diaturkan ke hadapan. Tidak tahu menahu di mana dia sedang berada ketika itu.

"Argh !"

Saesong mengerang sakit tatkala lututnya terlanggar bucu meja. Refleks , dia mengangkat kakinya ke atas dan memegang perlahan bahagian yang sakit.

Dahinya dikerutkan , menahan sakit. Agak pedih. Lututnya memerah , tapi tidak lah berdarah.

Pantas dia mengangkat wajahnya semula , sedaya upaya untuk memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Takut takut jikalau dia ternampak kelibat sesiapa.

Mereka cuba permainkan dia ke apa ?

"Park Jimin , Min Yoongi korang dekat ma--"

Tak sempat Saesong ingin menghabiskan ayatnya , entah apa yang dipijak wanita itu terasa licin membuatkan tubuhnya hilang imbangan dan jatuh terlentang.

Kepalanya terhentak kuat pada lantai rumah Jimin , Saesong mengerang sakit.

Dia cuba untuk mengungkapkan sesuatu sebelum matanya terasa berat dan perlahan lahan keadaan di sekelilingnya menjadi bertambah gelap.

. . .

"Bangun."

Sebaldi air disimbah ke arah Saesong membuatkan wanita itu serta merta terbangun dari pengsannya tiba tiba. Dadanya berombak naik dan turun dengan lajunya.

Memandang ke arah sekelilingnya dengan pandangan yang keliru. Tubuhnya pula habis lencun dengan air yang disimbah.

"Ergh..."

Mata Saesong membulat tatkala menyedari tubuhnya diikat pada sebuah kerusi kayu , di mana membuatkannya semakin takut apabila wajah sinis Park Jimin menyambut pandangannya.

Saesong... kembali takut.

"Anneyong , my actress..." dengan senyuman comel , Jimin ucapkan kepada wanita itu.

"A-apa... apa yang..." mata Saesong mula berair.

Pantas dia menoleh dan memandang ke arah Yoongi yang sedang sibuk dengan laptopnya , seakan sedang bersedia ingin membuat live stream sebentar lagi.

Langsung tidak sekali pun lelaki itu mengangkat wajahnya untuk memandang ke arah wanita itu. Seakan akan dia langsung tidak mempedulikan wanita itu.

Hati Saesong remuk.

"Harini kau yang kena bertugas untuk buat live stream , kau lupa ?" soal Jimin sinis.

Sebuah kerusi yang disediakan di hadapan Saesong , Jimin tarik dan pusingkannya lalu terus duduk di atasnya. Tempat penyandar itu dijadikan tempat untuk merehatkan tangannya.

"So... are you ready , babygirl ?"

"A-apa... apa content kau kalini ?"

"Erm..." Jimin bermain dengan dagunya sebentar sebelum tersenyum lebar. "Content aku semuanya tetap sama." dia tertawa kecil.

"Semuanya... tentang penyeksaan."

Di kala dia menyebut perkataan terakhir , serta merta senyuman comel dan gelak tawanya itu hilang. Menghantar pandangan dingin kepada Hwang Saesong.

Saesong meneguk liurnya kasar.

"Disebabkan live stream kita akan bermula sebentar lagi , aku nak kau bermain dengan penonton aku."

Dahi Saesong berkerut.

"A-apa yang..."

"Tu. Kau nampak hidangan yang ditutup dekat atas meja depan kau tu ?"

Saesong perlahan mengangkat wajah dan memandang ke arah sebuah meja yang diletakkan di hadapannya. Terdapat tiga jenis hidangan yang dia sendiri tidak tahu namun ditutup dengan tudung saji.

Yang membuatkan Saesong rasa tidak hati kerana... baunya yang amat busuk.

"Kejap lagi , kita buat live stream , aku akan buka ikatan kau. Tapi jangan kau lari pula. Ingat , kau tu perlukan duit."

Saesong hanya diam.

"Sedang kita live stream , aku akan arahkan penonton untuk buat undian. Hidangan mana yang mereka nak untuk kau makan. Sama ada A..." hidangan paling hujung kanan ditunding.

"...atau B ?" hidangan di bahagian tengah tengah ditunding. "atau... C." hidangan paling hujung kiri ditunding.

"Mereka tak tahu , apakah hidangan tu. Dan kau pun tak tahu. Jadi... di situ lah permainan menarik akan bermula." Jimin tertawa kecil.

Bibir Saesong mula bergetar.

"Ke-kenapa kau buat aku macam ni...?"

Senyuman Jimin serta merta mati.

Renungan tajam diberikan kepada Saesong. Cukup membuatkan seluruh tubuh wanita itu menggigil.

"Kau... cuba untuk mengkhianati aku. Dan aku tak sukakan pengkhianat."

"Ji-Jimin aku--"

"Jadi kau patut dihukum."

Jimin menyengetkan sedikit kepalanya ke tepi dan memandang ke arah Saesong dengan senyuman comelnya. Sebelah mata dikenyitkan ke arah wanita itu.

Dia , seolah setan yang comel.

o n l i n e
STREAMER

 𝑶𝒏𝒍𝒊𝒏𝒆 𝑺𝒕𝒓𝒆𝒂𝒎𝒆𝒓 • pjmWhere stories live. Discover now