Part 3

255 14 9
                                    

Keesokan harinya, MATA digemparkan oleh kematian Rudy. Organ dalam badan Rudy telah dikeluarkan dan hanya bersepah begitu saja. Sesungguhnya mereka tidak percaya, super ejen boleh mati dengan begitu saja.

Alicia: Ejen Gheeta, saya nak berbincang sekejap boleh?

E.Gheeta: boleh Alicia, ada apa yang kamu nak bincangkan ni Alicia?

Alicia: tentang kematian Rudy

E.Gheeta tergamam dengan apa yang Alicia cakap. E.Gheeta mula pelik dengan apa yang Alicia mahu bincangkan. Sementara itu di ruang tamu academy MATA, mereka seperti sedang takut.

Jet: tak sangka, Rudy pergi dengan keadaan macam tu 😔

Bulat: sekarang, aku percaya Kira dalam kalangan kita ni je

Tiba-tiba mereka semua dipanggil di briefing room untuk berbincang tentang hal yang sangat penting. Mereka semua pun pergi ke briefing room. Alicia dan E.Gheeta sampai terlebih dahulu dari mereka.

Roza: kenapa ni? Macam ada benda yang penting je

E.Leon: memang penting pun

G.Rama: baiklah, dengar baik-baik. Saya panggil kamu semua kerana kami telah pun jumpa cap jari Kira. Sekarang, kami tahu siapa Kira. Dia memang dalam kalangan kita sahaja, Ejen Bobby

Moon: huh?! Bobby? Kenapa Bobby sanggup buat macam tu?! 😠

Iman: sabar Moon

G.Rama: saya tahu kamu semua susah untuk menerima takdir itu. Tetapi saya nak kamu semua pergi mencari Bobby sampai jumpa. Mentor-mentor boleh memilih ahli pasukan masing-masing.

E.Leon: Zass, Mika, Bulat

E.Bakar: Alicia, Ali, Moon

E.Karya: Roza, Iman, Khai

G.Rama: baiklah semua, BERTINDAK SEGERA!!!

Mereka dengan pantas bertindak dan mencari Bobby. Selama 18 jam mereka mencari Bobby tanpa Rehat, makan dan minum. Mereka semua kelihatan amat penat sekali.

Moon: penatnya 😩

Ali: Alicia, kau ada information yang nak bagitahu?

Alicia: setakat ni tak ada

Ali: Okey

Tiba-tiba ada seseorang di sebuah lorong gelap sedang membawa beg bersaiz manusia. Badannya mirip Bobby. Ali yang perasan itu terus mengejarnya. Orang itu perasan Ali sedang mengejarnya, terus mencampak beg tersebut dan terus lari. Mereka berdua berlari dengan aksi pakour mereka.

Alicia: sementara tunggu Ali kejar dia, baik kita buka beg ni dulu

Alicia membuka beg tersebut. Kelihatan seseorang yang tidak sedarkan dirinya. Mereka pun keluarkan orang tersebut dari beg itu

Alicia: apa kata kita bawa dia ke MATA?

Moon: kau gila ke nak bawak dia ke MATA?!

E.Bakar: nak buat apa bawak dia balik MATA?

Alicia: sebab dia adalah mangsa Kira yang masih terselamat. Kita boleh tanya dia apa yang dia tahu

E.Bakar: baiklah, kita bawa dia balik

Setelah dua jam berlaku, mereka semua telah berada di academy MATA. Pasukan E.Bakar berada di bilik siasatan untuk menjalankan siasatan terhadap lelaki yang mereka jumpa sebentar tadi. E.Bakar pun menyimbah air menggunakan baldi untuk membangunkan lelaki tersebut.

E.Bakar: hei, bangun

???: Aku kat mana ni?!

Ali: itu tak penting, sekarang ni aku nak kau bagitahu apa yang kau tahu...

BERSAMBUNG...

RYOKI SATSUJINKI (EA FANFICTION)Where stories live. Discover now