 empat lima

19 7 1
                                        

"Cikgu Sangyeon... tahniah sebab dapat datang ke sekolah semula. Saya ada satu perkara nak beritahu" kata pengetua. "Saya tahu... cikgu dapat handle situasi ni. Ada seorang pelajar baru akan masuk ke kelas cikgu" sambungnya.

"Wahh. Dia dari sekolah mana?" Cikgu Sangyeon dah excited. "Dari sekolah Greyser" terus Sangyeon terkedu. "Dia... buat hal ke?" Soal Sangyeon. Agak hairan. Sekolah berprestasi tinggi pindah sekolah ni dan masuk kelas belakang? Rasanya.

"Dia bisu. Tahu kan dekat sekolah ni budak kelas depan depan tu... macam mana? Jadi saya tahu awak dapat kawal situasi ni" terang pengetua. "Saya akan cuba..."

......

"Cikgu Sangyeon dah nak sampai!" Kata ketua kelas. Semua dah bersedia. Sesudah Sangyeon melangkahkan kakinya...

"Selamat pulang cikgu Sangyeon!!!~" jerit merela serentak. "Wooooo terima kasih" kata Sangyeon sambil menepuk tangannya. Domi yang ikut Sangyeon di tepi terkaku sama juga ahli kelas yang lain. "Owh ye.. ni kawan kelas baru kamu. Namanya Im Domi" Sangyeon memperkenalkan pelajar tersebut. Domi terus menundukkan badannya.

Satu kelas pandang sesama sendiri. Ketua kelas terus kabut cari benda confetti tu lagi satu. Nasib dia beli lebih. "Welcome to our class!!!" Jeritnya. Satu kelas tepuk tangan. Domi mula-mula terpaku tetapi dia akhirnya tersenyum. "Urmmm.. Domi. Cikgu bagitau ye..." Sangyeon meminta izin. Domi pandang dan angguk sambil senyum.

"Harapnya kamu semua berbaiklah ye dengan dia. Dia daripada sekolah Greyser. Antara top student dan sentiasa kelas pertama. Ini kali pertama dia dapat kelas lain selain kelas pertama lagi-lagi kelas belakang macam ni. Dan dia kurang satu sense dari kita, Domi bisu.. harapnya kamu jaga adab ye" terang Cikgu Sangyeon.

Semua terkedu. "Jadi... apa kata kita ramai-ramai kemas kelas dulu?" Cadang Haeun. "Setuju setuju..." balas ketua kelas.

.....

"Pssttt, weh kau rasa dia judge kita tak? Yelah dari sekolah budak pandai pastu kelas nombor satu je. Tup tup masuk sekolah ni. Kelas paling belakang sekali pulak tu" bisik salah seorang pelajar kelas itu kepada rakan sebelah tempat duduknya. "Kau ada nampak dia judge kita ke?? Dia tengah khusyuk jawab soalan cikgu bagi. Dah apa kata kau contohi dia. Mengumpat je" tegur rakannya.

"Bukan mengumpat. Aku curious je" pelajar tersebut memuncungkan bibirnya. "Tapi... kau faham tak soalan apa cikgu bagi tu?" Tak dapat mengumpat, menyoal pun boleh asal mulut tak tertutup. "Ada nampak aku dapat jawapan dia? Aku pun tengah brain" balas kawan dia tanpa menoleh.

Domi mendengar sahaja perbualan mereka. Dia dah dapat jawapan untuk soalan itu. Dia menulis sesuatu dekat atas satu kertasnya.

Kring~~~

"Bangun!!! Terima kasih cikgu" laung ketua kelas. "Terima kasih cikgu" ikut satu kelas. "Sama-sama" terus guru tersebut beredar. "Kau tak jumpa lagi ke jawapan dia?" Pelajar tersebut masih menyoal rakannya. "Eiii kau ni. Soalan last tu memang susahlah" kawan dia rasa annoying.

Tiba-tiba...

"Siapa dapat soalan last tu tho. Ajar aku" soal ketua kelas sambil soal satu kelas dengan menjerit. Semua pandang dia serentak, kalau dia pun tak dapat... apatah lagi yang lain sebab setakat ni ketua kelas tu je yang markah boleh harap.

Domi melihat sekeliling. Adakah mereka akan pressure dia cakap yang 'apa guna pandai tapi tak tolong orang'...

Jangan tanya kenapa makin jauh jalan cerita dia. 😬😬 sebab ni patutnya buku Sangyeon jadi aku kena fokus lebih dekat watak Sangyeon hurm. Walaupun aku nak sangat buat member lain hek.

(Maaf aku baca balik dari bab ni sebab dah lupa apa nak buat)

© | 𝐃𝐑𝐈𝐙𝐙𝐋𝐄°⁵ ˡᵉᵉ ˢᵃⁿᵍʸᵉᵒⁿDonde viven las historias. Descúbrelo ahora