𝗰𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝘁𝗵𝗿𝗲𝗲

201 45 26
                                    

"KEPUTUSAN ABAH MUKTAMAD."

Tercenggang mulutnya mendengar kata-kata Tengku Aleix. Belum sempat untuk dia membantah dan menyampaikan hujah, sudah diputuskan keputusan yang belum mendapat persetujuan daripadanya.

"Abah, Roman-"

"Abah tak nak dengar apa-apa daripada Roman. Abah hanya nak Roman tahu yang keputusan abah muktamad. Abah akan cari bodyguard untuk jaga Roman sepanjang Roman sambung belajar dekat Nexus Academy."

Tegas suaranya memberitahu Roman dengan riak wajah yang serius. Ya, memang dia perlukan seseorang untuk lindungi satu-satunya permata berharga yang ditinggalkan oleh mendiang isterinya, Tengku Elise. Roman yang merupakan anak tunggalnya dan juga satu-satunya pewaris kepada syarikat LeiXis, salah satu syarikat pembuatan jam tangan paling terkenal dan berjaya di serata dunia.

Memandangkan dia pun sudah berumur dan tidak setangkas dan selincah dahulu lagi, nampaknya terpaksalah dia mengupah seseorang untuk jaga Roman bila Roman tiada di depan matanya.

Bukan sepanjang masa  kehadiran Roman akan menjadi tatapan utama anak matanya. Aleix sedar yang akan tiba masanya nanti, musuh-musuh perniagaan yang lain akan cuba cari cara untuk jatuhkan syarikatnya dan dalam masa yang sama menyakiti Roman jadi ini buatkan dia pilih jalan untuk lindungi Roman daripada musuh-musuh perniagaannya.

Walaupun berat sahaja masalah ini menghempap hati tuanya itu, tapi Aleix cuba sehabis baik untuk lindungi anak lelakinya walaupun dia terpaksa menggadaikan nyawa.

"Roman bukan tak nak abah, tapi Nexus tu tempat untuk latih manusia jadi bodyguard. I don't need one since Roman sendiri akan tahu cara untuk defend myself."

Bersungguh dia untuk meyakinkan Tengku Aleix. Dia tahu Tengku Aleix risaukan keselamatan dirinya, tapi dekat sana nanti dia sendiri akan belajar cara untuk lindungi diri dan orang lain, jadi kenapa dia perlukan seseorang untuk jaga dia?

Kan?

Tangan naik mengurut pelipis. Memang boleh sakit kepala berdebat dengan anak lelakinya yang satu ini. Nasib seorang je, cuba bayangkan ada 10 orang lagi anak lelaki? Memang mampuslah dia.

"You still need someone, Roman. To protect you when I'm not around."

Dari tegas kini berubah lembut suaranya memberitahu Roman. Lembut sahaja pandangan dia berikan kepada sepasang anak mata Roman. Seolah merayu agar anaknya untuk menerima keputusan itu.

"Ye abah, Roman tahu. Tapi, Abah kena ingat yang Roman masih mampu untuk-"

"Dah, abah tak nak dengar apa-apa. Now, go back to your room. You need to prepare everything before going to Nexus."

Kerusi dipusing membelakangkan anaknya. Pandangan dibuang ke luar jendela. Nafas ditarik dan dihembus.

Roman hanya terdiam. Kecewa, sedih dan marah dia rasakan sekarang ini. Ikutkan hati ingin sahaja melawan balik kata-kata abahnya tapi tengok saja perangai abahnya macam mana, keras kepala. Jadi, nak tak nak terpaksalah dia terima keputusan abahnya.

"Baik abah."

Tubuh ditunduk hormat sebelum dia mula melangkah keluar dari pejabat milik abahnya. Lemah sahaja langkahnya menuju ke arah biliknya sendiri. Tiba sahaja di depan pintu, tombol pintu dipulas lemah.

𝐓𝐇𝐄𝐀 : 𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐒𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐃𝐈𝐆𝐘Where stories live. Discover now