Part 4

359 15 0
                                    

Dato Mokhtar menyemak fail-fail yang berada diatas mejanya.Projek nya di Singapura sudah 80% siap.Jadi dia perlu meninjau tempat projek tu kat singapura.

" Hari rabu nanti saya kena pergi Singapura untuk meninjau kawasan projek kat sana.Jadi saya nak awak ganti tempat saya bila saya pergi sana nanti.Boleh Farid?" tanya Dato Mokhar kepada farid, Farid selaku orang kanan Dato Mokhtar.

"boleh Dato'. Dato pergi sana berapa lama?".tanya Farid

"lebih kurang seminggu macam tu.lagipun saya ada benda sikit yang saya kena uruskan kat sana,masih ada kerja yang tak selesai lagi kat sana.Saya akan bertolak pagi esok."terang Dato Mokhtar

"baiklah Dato.Nanti saya suruh setiausaha Dato untuk uruskan jadual Dato nanti.Err ada apa-apa lagi Dato?" tanya Farid

"takde.Awak boleh sambung kerja awak." Farid berlalu meninggalkan ruangan pejabat Dato Mokhtar.

Hanan mula berasa pening akibat tidur berlebihan.Dia bingkas bangun lalu mengambil udara di balkoninya.

"hari ni hari isnin..kalau ajak Laila dengan Qeena keluar mesti best kan."Aku tersenyum girang.Aku bercadang untuk suruh Alex jemput aku.

Aku bergegas ke bilik air untuk bersiap. Seusai mandi aku terus bersiap dan turun ke bawah.

"hanan..kamu nak kemana cantik-cantik ni?". Tanya Datin Faridah

"keluar." Jawabku sepatah

"hanan..hari ni jangan keluar please..kawan mama nak datang hari ni.".Kata datin Faridah

"apa kena mengena kawan mama dengan hanan pulak ni.."kataku tanpa minat

"dia ada anak lelaki, mama bercadang nak kenalkan kamu dengan anak dia.Mana tahu kamu berkenan.".

Aku menoleh ke arah mama.Dah kenapa pulak dengan orang tua ni..

"mama ni tak habis-habis nak atur hidup Hanan kan..For your information, i'm not interested ok."Aku terus berlalu pergi meninggalkan mama yang masih berdiri di situ.

Motor milik Alex meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.

Datin Faridah menggelengkan kepala melihat anak daranya itu semakin menjadi-jadi perangainya.Langsung tak berubah.

"kenapala hanan jadi macam ni sayang..dulu hanan tak macam ni."Keluh Datin Faridah.Dimana silapnya dia mendidik anak daranya.Nasib baik anak lelakinya elok akhlaknya kalau tak pening dia ingin memikirkan tentang anak-anaknya.

Hanan dan kawan-kawannya itu sudah berapa kali masuk ke butik butik fesyen terkenal.Hanan bila boleh shopping memang tak dunia.

"wehh lepas ni aku nak pergi butik Zalora pulak.Aku dengar ada fesyen terbaru keluar."Kataku.

"serious?? Ok jugak tu." Balas laila.

"aku rasa nak tengok model beg tangan la..mesti cantik kan."sampuk qeena

Kami bertiga masuk ke butik Zalora. Rambang mata dibuatnya melihat fesyen dan model-model terbaru di dalam butik itu.

Selepas penat shopping,Qeena dan Laila minta untuk cari makan.Diorang kalau bab makan memang cepat sangat.Aku pun berasa lapar jugak ni.

"hanan kau belanja kitorang makan eah..duit aku dah habis shopping tadi.".Laila membuat muka comel.Dah masak dengan perangai minah sorang ni.

"ye la..aku tahu.Tengok la beg shopping kau tak cukup tangan nak pegang."Beg-beg barang shopping yang berada di kaki itu memang banyak.

"ala..kita kena ikut trend takut ketinggalan."kata qeena beriringan dengan gelak.

"wehh, bukan ke kau datang dengan Alex tadi? Mana pakwe kau tu."tanya laila selepas kami siap makan.

"haa betul tu hanan.Dari tadi lagi aku tak nampak mamat tu.Time kita shopping pun tak nampak."tambah qeena pula.

"oh dia kata dia ada kerja nak buat.So biarlah..".Kataku.

"kerja??kerja apa yang Alex tu buat.Setahu aku dia takde kerja pun 24 jam dekat kelab je aku tengok."Kata Laila

"beb..jangan-jangan dia keluar dengan perempuan lain tak?" duga qeena. Laila memijak kaki qeena apabila melihat muka aku dah berubah.

"kau ni cakap guna la otak sikit.."bisik Laila

"sorry hanan.."

"tak pe lah..Ala berani ke Alex tu buat hal belakang aku.Kalau aku tahu dia buat hal tahulah aku ajar perempuan tu."Kataku sinis

"tapi bukan ke kau cakap kau tak kisah dia dengan perempuan lain."Tanya qeena lagi.

"yes memang aku tak kisah..tapi aku tak nak orang lain rampas hak aku kau faham tak.Kalau ye pun Alex tu curang macam lah aku kisah.Lagipun aku bukannya serious dengan dia.Cuma aku tak nak orang lain rampas Alex tu.Jatuh la saham aku kat kelab kalau aku kena tinggal dengan Alex."terang aku.

Laila dan Qeena hanya mengangguk faham.Mereka bukannya tak tahu perangai Alex yang kaki perempuan.Lagipun mereka sedia tahu bahawa Hanan kapel dengan Alex kerana Alex popular and hot dekat kelab tu.Kira nak naikkan saham populariti la.

"and..aku yang akan tinggalkan Alex bukan dia.Kalau dia curang aku ada alasan kukuh untuk tinggalkan dia.Easy." jawabku selamba.

"haha..power la kau Hanan.Boleh tahan jahat jugak kau nikan."gelak Qeena diiringi dengan Laila.

"Of course.Ni Hanan Raisya kan.."Aku tersenyum.

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi.Lantak la malam ni kena bebel lagi.Aku menguak pintu utama.Ruang di tamu itu gelap.Takkan mama dan papa dah tidur.Lantak lah aku dah ngantuk.

Aku menghempaskan diri aku ke atas tilam.Lega rasanya.Tanpa sedar aku terlena sampai ke pagi.

TBC

JODOHKU RUPANYAWhere stories live. Discover now