Uyaina AuliaxxSaif Akimie. Pada awal pertemuan mereka sudah pun berlakunya perang. Berlarutan dari zaman sekolah sehingga ke zaman kolej. Pantang berjumpa pasti ada saja Saif Akimie akan buat untuk menyakitkan hati Uyaina Aulia. Semakin lama, semakin hati Uyaina Aulia kebal dengan semua makian dan kata hina dari Saif Akimie. Tapi tanpa Uyaina Aulia sedar, Saif Akimie sedang berkorban segala galanya demi gadis ini. Kerana satu kejadian, satu demi satu rahsia yang selama ini tersimpan kemas oleh Saif Akimie terbongkar. Rahsia Saif Akimie yang mendera hati Uyaina Aulia. Tapi apakah masih sempat untuk Saif Akimie berterus terang? Atau cuma Uyaina Aulia seorang yang memendam rasa yang kerap bertandang hatinya?