Aira Syuhada binti Azman. Seorang gadis kampung yang tinggal bersama uminya, Hajah Halimah. Perangainya agak nakal dan gila-gila sedikit. Serta berperwatakan kasar sedikit walaupun bertudung. Hajah Halimah risau melihat perangai anak daranya itu. Sehinggalah dia merancang mahu menjodohkan anaknya dengan Zarif Sufian. "Aku nak kahwin." - Aira Syuhada "Apa?? Kau nak kahwin!? - Nadia. "Ya, aku nak kahwin. K.A.H.W.I.N." - Aira Syuhada. Pada masa yang sama, situasi Zarif Sufian pun hampir sama dengan Aira Syuhada. Dia pun tidak suka dipaksa berkahwin dengan pilihan orang tua. "Zarif kena juga kahwin dengan calon menantu pilihan papa." - Dato'Zahin. "Tapi papa.." - Zarif Sufian. "Papa tetap dengan keputusan papa." - Dato'Zahin. Pelbagai ulah nakal mereka berdua sepanjang mereka berkahwin. Zarif yang tidak habis-habis menyakitkan hati Syuhada dengan mulut celuparnya. Syuhada pula juga tidak ketinggalan mahu mengenakan suaminya itu. Zarif tetap bertegas yang mereka cuma boleh jadi teman serumah. Tidak lebih! "Nak kepit kepala kau bawah ketiak aku!" - Zarif Sufian. "Lepaslah!! Pengotorlah awak ni!" - Aira Syuhada. "Hei, kenapa tolak saya ni?" - Aira Syuhada. "Padan muka kau! Rasakan!" - Zarif Sufian. "Jahat!!" - Aira Syuhada.