"Airis merayu jangan ambil anak Airis. Jangan pisahkan kami." - TENGKU AIRIS KIRANA Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu perkara sebenar kepada ayah di dalam kandungannya, lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Masa tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Empat tahun Airis menjadi boneka ayahnya. Disuruh melakukan apa saja demi kepuasan hati ayahnya. Keputusan ayahnya yang mahu dia mengahwini lelaki bernama Riyaz itu terlalu berat untuk dia turuti. Andai lelaki itu tahu kisah silamnya pasti dia akan dipandang hina. Airis cuba untuk menerima Riyaz setelah pintu hatinya tertutup untuk mana-mana lelaki. Dia serik dalam percintaan setelah apa yang terjadi di dalam hidupnya. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Perkahwinan Riyaz dan Airis bukan berlandaskan cinta. "Aku tahu kau ada sorokkan sesuatu daripada aku, Airis. Masih belum terlambat untuk kau jujur dengan aku. Jangan sampai aku yang cari sendiri 'rahsia' kau tu." - RIYAZ ARSHAN Start - 19 NOVEMBER 2023 End -