BAB 3

4.4K 809 77
                                    

TENGKU Sulaiman tercari-cari isterinya. Dari tingkat atas sehingga ke bawah dia mencari. Pada waktu yang sama Eiman keluar dari kamar tidurnya dan terserempak dengan ayahnya di tangga.

"Eiman ada nampak ibu tak?"

"Tak nampak. Dekat dapur tak ada ke?"

Tengku Sulaiman gelengkan kepala. Mata Eiman terhala pada bilik Airis yang berada di hujung laluan. Bilik paling hujung sekali. Firasatnya kuat mengatakan Tengku Sofia berada di dalam bilik Airis.

Langkah kaki Eiman diatur ke bilik Airis. Dia mendapati pintu bilik itu terbuka kecil. Tengku Sulaiman mengekori langkah Eiman daripada belakang.

"Ampunkan Airis, ibu."

"Airis terlanjur dan sekarang Ai... Airis me... mengandung."

Sayup-sayup suara Airis menerkam gegendang telinga Eiman. Eiman tak jadi mahu menolak pintu bilik itu. Tangan dijatuhkan ke sisi badan. Akhirnya Airis memilih untuk mengaku. Setapak dia mengundur ke belakang. Baru dia tersedar siapa yang sedang berdiri di sebelahnya. Ayah.

Sudah tentu Tengku Sulaiman turut mendengar sekali pengakuan yang dibuat Airis.Belum sempat Eiman mahu menghalang ayahnya, lelaki itu sudah meluru masuk ke dalam bilik.

"Kau ulang semula apa yang kau cakap tadi Airis!" Memetir suara Tengku Sulaiman.

Airis tersentak. Ayah! Panahan mata Tengku Sulaiman menggerunkan. Kakinya digagahkan untuk memaksa dia berdiri menghadap orang tuanya. Wajah ibunya sekilas dipandang. Penuh dengan kekecewaan.

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Airis sehingga kepalanya terteleng ke tepi. Hujung bibir terasa pedih kerana ada darah mengalir akibat tergigit bibir sendiri.

"Kau mengandung?!"

Rahang Airis dicengkam kuat oleh Tengku Sulaiman. Memaksa untuk Airis memandang wajah bengisnya.

"Beritahu aku siapa nama lelaki tu! Aku nak lelaki tu bertanggungjawab!"

Airis bersusah payah menggeleng kepalanya dalam keadaan Tengku Sulaiman mencengkam rahangnya. Sakit! Tiada guna dia memberitahu nama Firash jikalau lelaki itu sudah meninggalkan dirinya. Semuanya sudah terlambat. Dia yang akan menanggung semuanya seorang diri.

"Jawab Airis!" Tempik Tengku Sulaimana kuat di hadapan muka Airis. Kesabarannya sudah hilang.

"Di... Dia dah tinggalkan Airis."

Tengku Sulaiman jatuh terduduk di hujung katil Airis. Kaca mata yang tersangkut di batang hidungnya ditanggalkan. Dia mengenggam penumbuknya sendiri mahu mengawal perasaan yang bergelora di hati. Ada cecair hangat yang mengalir di hujung matanya. Dia memandang wajah isterinya di sebelah.

"Kau dah malukan kami dengan perbuatan keji kau. Orang akan mengata yang aku ni tak reti didik anak. Anak aku terlanjur. Aku tak tahu di mana silap aku dalam mendidik kau selama ini. Aku berikan kau didikan agama yang secukupnya sejak kecik lagi." Tengku Sulaiman bersuara lemah.

Wajah Airis basah dengan air mata yang tak henti mengalir. Kata-kata ayahnya menusuk ke hatinya.

"Airis minta maaf ayah."

Tengku Sulaiman memalingkan kepalanya ke arah lain. Hatinya menjadi sakit melihat wajah Airis. Dia sedaya upaya menahan dirinya daripada menggasari Airis untuk kesekian kalinya. Cukuplah tadi dia menghadiahkan tamparan sulungnya kepada Airis.










"RUGINYA aku tak dapat tengok kau kena tampar dengan ayah tadi. Tak sangka kan anak kesayangan ayah ni sanggup buat benda terkutuk macam tu.Terlanjur sampai mengandung," ujar Mariya penuh sinis. Senyuman puas terlakar di wajahnya. Hatinya bersorak gembira apabila mendapat tahu kebenaran yang sebenar mengenai adiknya.

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now