BAB 5

5.4K 728 44
                                    

"AIRIS!!!"

Matanya tercelik luas. Badannya tegak bangun dari baringnya. Dia bermimpi perkara yang sama lagi. Airis di dalam mimpinya sentiasa mengulang ayat yang sama.

"Kita berdua dah buat kesilapan yang besar."

Mimpi itu tidak henti menghantui malam-malam Firash. Dia tidak berjaya tidur dengan lena semenjak dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari.

Dia mengelap peluh yang membasahi dahinya dengan belakang tangan. Jantungnya berdegup kencang seolah baru menamatkan satu pusingan larian marathon. Wajah diraup kasar. Dadanya terasa sempit dihimpit dengan sesuatu.

Sudah menjadi kebiasaan buat Firash akan tersedar dari tidurnya pada pukul 3 pagi. Dan, selepas itu dia tak boleh melelapkan matanya semula untuk menyambung tidur.

Dia meregangkan badannya sebelum selimut yang menyelimuti tubuhnya ditolak ke tepi. Dia turun dari atas katil dan terus berlalu ke bilik air untuk mencuci mukanya. Melangkah keluar dari bilik air dia menghayun langkah ke tingkat bawah. Dia kehausan mahukan minuman membasah tekaknya. Di ruangan bawah gelap dan sunyi kerana semua penghuni rumah itu masih lena diulit mimpi. Siapa saja yang akan terjaga pada waktu begini kecuali Firash.

Kelihatan dapur terang-benderang disimbahi dengan cahaya lampu. Firash jadi musykil siapa yang ada di dapur?

Kelihatan Serra duduk di island table. Gadis itu termenung jauh sambil bermain dengan gelas di tangannya.

"Serra," tegur Firash.

Serra angkat kepalanya. Matanya bertemu dengan sepasang mata Firash. Lelaki itu menyandar di dinding dengan gaya tangan disilangkan di dada.

"Jauh termenung. Fikirkan apa?"

"Tak ada apa-apa. Serra cuma tak boleh tidur," ujar Serra bersahaja. Dia pergi ke singki mahu membasuh gelas yang digunakan tadi. Dia toleh ke belakang sekilas. Dilihatnya Firash pula yang duduk di tempatnya tadi.

"Nak masuk bilik dah?"

"Hm."

"Abang nak tanya Serra."

Serra bagaikan boleh meneka apa yang ingin ditanya Firash hanya melihat melalui raut wajah lelaki itu. Dia labuhkan duduknya di sebelah Firash.

"Pasal Airis?"

Firash angguk kepala sekali. Wajah serius.

"Airis pergi mana? Abang call dia banyak kali langsung tak angkat. Sepanjang abang dekat hospital, dia tak melawat abang langsung ke?"

Serra kemam bibirnya rapat. Perlahan-lahan dia menggeleng kepala untuk soalan Firash. Airis tak pernah melawat abangnya di hospital kerana wanita itu tidak tahu tentang kemalangan yang menimpa Firash. Itulah kenyataan yang sebenar.

Firash hampa.

"Abang buat salah apa dengan dia sampaikan dia langsung tak nak jumpa abang sampai sekarang?" Firash puas memikirkan kesalahan apakah yang dia lakukan kepada wanita itu. Sedangkan hubungan mereka baik-baik saja sebelum kemalangan itu berlaku.

"Serra... tak tahu." Semakin banyak soalan yang diajukan Firash mengenai Airis kepadanya, semakin dia takut akan terlepas cakap perkara sebenar. Dia harus berhati-hati dalam menyusun ayatnya.

"Serra kan kawan baik dia. Takkan Serra langsung tak tahu apa yang terjadi pada Airis." Asak Firash lagi.

Serra diam lama sebelum membuka mulutnya kembali.

"Serra dah lama tak jumpa dia. Kalau abang nak tahu sangat apa yang terjadi, baik abang pergi rumah family dia. Abang cuba cari dia dekat sana. Abang tanya ayah dia sendiri."












FIRASH berdiri tegak di hadapan rumah Tengku Sulaiman. Ini gara-gara cadangan yang diberikan Serra kepadanya. Tidak menunggu lama untuk dia dibenarkan masuk ke dalam rumah Tengku Sulaiman. Perkara pertama yang dicarinya adalah kereta Airis. Dia nampak kerete milik Airis di dalam garaj kereta.

Itu bermakna Airis berada di rumah. Firash membuat telahannya sendiri.

"Kamu ni cari siapa?" Tengku Sulaiman menegur Firash di muka pintu hadapan. Dia pandang pemuda di hadapannya itu.

Buat pertama kalinya Firash bertemu dengan ayah Airis. Dia tak mengenali rapat ahli keluarga wanita itu apatah lagi berjumpa.

Firash segera menyalami tangan Tengku Sulaiman penuh hormat sebelum menyatakan hajatnya.

"Maafkan uncle lupa nak jemput kamu masuk dalam. Mari masuk..."

"Nama saya Firash."

"Haa Firash masuklah." Tengku Sulaiman menepuk lembut bahu Firash. Dia tersenyum nipis mempelawa tetamunya masuk sehingga ke dalam rumah. Dia bawa Firash ke ruang tamu.

"Kamu duduklah dulu. Kamu nak minum air apa?" Tengku Sulaiman berura-ura mahu memanggil pembantu rumahnya buatkan minuman untuk tetamunya.

Firash menggeleng kepalanya laju. "Tak perlu, uncle. Saya datang sini nak cari Airis sebenarnya."

Firash mendapati riak wajah Tengku Sulaiman berubah sedikit saat nama Airis meniti di bibirnya. Ada apa-apa perkara buruk yang terjadi ke?

"Apa hubungan kamu dengan Airis?" Tengku Sulaiman menyoal garang.

"Saya kawan dia." Lancar ayat itu meluncur keluar dari mulut Firash.

"Airis tak ada."

Firash mengerutkan dahinya. "Maksud uncle? Saya nampak kereta Airis dekat luar tadi."

"Dia dah pergi jauh. Kamu tak payah la cari dia."

Itu bukan jawapan yang Firash mahukan. Tengku Sulaiman seakan menyorok sesuatu daripada pengetahuannya.

"Kalau macam tu saya minta diri dulu. Maaf menganggu uncle."

Firash angkat punggungnya dari sofa. Sebelum mengangkat kaki pergi, dia menyalami tangan Tengku Sulaiman. Secebis senyuman dihadiahkan kepada Tengku Sulaiman. Dia menunduk hormat. Dia toleh ke belakang untuk kali terakhir berharap Airis akan muncul di depan matanya.

Ke mana Airis pergi?

Kenapa Airis pergi tanpa memberikan penjelasan kepadanya terlebih dahulu?


***

Kalau Tengku Sulaiman tu tahu siapa Firash, mahu kena tibai si budak Firash tu

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now