BAB 10

3.1K 366 6
                                    

Empat tahun kemudian...



Dia duduk di dalam kereta sambil memegang telefonnya melihat isu semasa.  Sepenuh fokusnya hanya pada gajet di tangannya. Bibirnya bergerak ikut menyanyi lagu yang dimainkan di radio kereta. Lama dia berkeadaan begitu. Seperti tiada tanda-tanda dia mahu keluar dari keretanya. Sudah sepuluh minit berlalu keretanya berhenti di luar perkarangan rumah ayahnya. Sesekali dia akan menjeling melihat sanak-saudara yang bertandang ke rumah itu. Semakin lama semakin ramai.

Kalau ikutkan hatinya dia tak mahu balik ke rumah ayahnya. Mula terbit penyesalan di hatinya kerana memandu sejauh ini sehingga ke rumah ayahnya. Takkan dia nak patah balik semula?

Patutkah dia buat begitu? 

Orang lain bukannya perasan pun dengan kehadiran dia. 

Maka, Airis tekad untuk mengikut kata hatinya.

Cermin tingkap kereta diketuk dari arah luar telah mematikan niat Airis. Berdirinya Eiman di luar keretanya. Eiman yang begitu segak dengan sepersalinan baju melayu berwarna plum. Punah la niat Airis kalau begini. Lambat-lambat Airis menurunkan cermin tingkap keretanya.

Serta merta lebar senyuman Eiman tatkala dapat melihat wajah kakak yang dirindui.

"Keluar sekarang."  

"Amboi. Gaya dia mengarah orang tu macam gangster. Keluar sekarang." Airis mengajuk cara percakapan Eiman pada ayat 'keluar sekarang' itu.

"Malas la nak keluar." Jujur Airis. Tidak berselindung.

"Jadi kenapa akak datang sini?"

"Entah la... Akak tak tahu apa ada dalam fikiran akak waktu drive tadi. Sedar-sedar je akak dah ada kat sini."

"Sebab akak rindu. Akak rindu Eiman sangat-sangat."

"Ei perasan la!" Tangan Airis memanjang keluar dari cermin tingkap kereta itu ingin menampar lengan adiknya. Boleh tahan perasan juga budak ni.

"Cepatlah keluar."

"Yelah yelah." Akhirnya, Airis akur selepas puas dipujuk adiknya. Dia menaikkan semula cermin tingkap keretanya. Dicapai beg tangannya kemudian melangkah keluar dari keretanya. 

Segera Eiman menyalami tangan Airis. Tak sempat Airis nak bertenang, tubuhnya terus ditarik ke dalam pelukan adik lelakinya. Barulah Airis mengerti kenapa Eiman beria sangat nak dia keluar dari kereta. Tindakan Eiman sekarang menjelaskan segalanya.

"Rindu," ucap Eiman.

Airis mencebik. "Mengada la kau ni. Rindu bagai."

"Man tunggu akak dari tadi. Bila Man nampak kereta akak... Man pelik kenapa akak tak keluar dari kereta. Lama sangat akak duduk dalam kereta."

"Dah la lepaskan aku. Lemas pula aku bila kau peluk macam ni."

Eiman tersengih lalu merungkaikan pelukannya.

"Akak makin cantik sekarang," puji Eiman ikhlas. Dia suka dengan penampilan Airis yang sekarang. Bertambah cantik selepas berhijab. Dia sentiasa doakan kakaknya agar terus istiqamah.

Airis menghalakan pandangannya pada rumah mewah milik Tengku Sulaiman itu. Rumah yang mempunyai banyak kenangan pahit manis. Kali terakhir dia menjejakkan kakinya ke rumah itu adalah lima bulan yang lalu iaitu pada hari raya Aidilfitri.

Dia membuat keputusan untuk pindah keluar dari rumah itu setelah dua bulan habis tempoh berpantang. Dia mahu hidup berdikari dan tinggal jauh dari ahli keluarganya.

"Nak ke mana bawa beg banyak-banyak ni?" Soal Tengku Sulaiman garang.

"Nak keluar dari rumah ni," jawab Airis bersahaja. Dia sudah tekad dengan keputusannya.

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now