BAB 13

2.4K 415 20
                                    

Riyaz. Riyaz. Nama itu sering bermain di fikiran Airis sejak kebelakangan ini. Dia sendiri tak faham dengan dirinya. Kenapa perlu memikirkan lelaki yang dia langsung tidak kenal.

Selain itu ada yang membebankan fikirannya iaitu perkahwinan yang ditetapkan Tengku Sulaiman. Bagaimana dia mahu menolak jikalau ayahnya sudah berkeras mahu dia menerima. Argh kusut!

"Sikit je kau makan. Tak sedap ke akak masak?" tegur Salbiah. Dia menongkat kepalanya di atas meja sambil melihat Airis makan. Dia dah siap makan, Airis masih lagi belum selesai makan. Masih banyak nasi di dalam pinggannya.

Bukan Salbiah tidak perasan yang gadis itu termenung daripada tadi. Sambil mengunyah makanan, termenung jauh.

"Masakan Kak Sal sentiasa sedap," puji Airis ikhlas dari hati. Hari itu Salbiah yang dianggap seperti kakaknya mengajak makan di rumah. Katanya, masak menu yang special iaitu nasi beriani.

"Yeke. Kalau sedap tambah la lagi. Akak masak ni memang untuk kau pun."

Airis tersenyum kepada Salbiah.

"Daripada tadi termenung, kau fikirkan apa? Jangan ingat akak tak perasan." Salbiah mahu mengorek rahsia.

"Err saya..." Teragak-agak Airis mahu menjawab. Nak cerita ke tak eh.

"Haa meh akak teka! Kau jadi macam ni sebab boyfriend kan?" Salbiah tidak menyabar mahu meneka sendiri.

Airis menggeleng kepalanya laju. Apa pulak boyfriend. Dia mana ada boyfriend. Ex jelah ada. Firash.

"Aku lupa kau ni mana layan lelaki. Macam mana nak ada boyfriend kan."

Setiap kali ada lelaki mahu mengorat Airis hanya jelingan tajam yang akan diberikan. Ditambah pula dengan pakej wajah Airis yang sombong, terus berundur lelaki-lelaki itu. Sudah banyak kali Salbiah menyaksikan kejadian itu berlaku di depan matanya.

Awal perkenalan dulu, Salbiah menganggap Airis seorang yang sombong kerana wajahnya. Ternyata sangkaannya meleset sekali. Airis seorang yang ramah. Bila dah rapat baru dia dapat melihat sisi lain seorang Tengku Airis Kirana.

Airis membawa pinggannya ke singki setelah selesai makan. Dia meninggalkan Salbiah seketika bersama tanda tanya. Dia mencuci pinggan yang dimakan. Kemudian, kembali semula ke meja makan.

"Ayah paksa saya kahwin," beritahu Airis bersama keluhan panjangnya.

Spontan Salbiah menepuk tangan Airis.

"Baguslah tu!"

Salbiah pula yang teruja mendengar kata-kata Airis beberapa saat yang lalu. Dia sudah mula membayangkan Airis dengan busana pengantinnya duduk di atas pelamin.

"Kena paksa, kak. Saya tak rela."

"Patutlah kau nampak rungsing sangat. Dengan siapa kau kena kahwin ni?"

Airis mengangkat bahunya ke atas.

"Kau tak tahu?"

"Saya tak kenal dia siapa."

"Habistu takkan nama pun tak tahu?" Makin berkerut dahi Salbiah.

"Nama dia Riyaz. Mesti dia laki tua."

Sambil menjawab soalan-soalan Salbiah, Airis tolong mengemas meja makan.

Salbiah menjegilkan matanya kepada Airis apabila selamba saja gadis itu mengatakan Riyaz seorang lelaki tua.

"Mulut tu! Jentik kang! Dari nama dia tu... Akak boleh bayangkan dia muda lagi. Nama pun dah handsome! Confirm tuannya hot merecikss. Percayalah cakap akak kau ni. Dia ni mesti kaya. Mungkin CEO. Kata-kata ni satu doa tau. Mana tahu apa yang akak cakap ni betul. Kau juga yang untung, Airis." Melambung-lambung Salbiah memuji lelaki yang dia tidak kenal.












SETELAH tiga jam lepak di rumah Salbiah, dia pulang ke rumahnya bersama nasi beriani. Salbiah suka memberi dia makanan. Segan dia mahu menerima tadi. Kata, Salbiah dia masak banyak. Lebih baik dia berikan kepada orang daripada membazir.

Airis menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Dia mengeluarkan telefon dari beg tangannya bila kedengaran bunyi deringan yang datang dari telefonnya. Dahi Airis berkerut nipis tatkala nama ayahnya yang terpapar di skrin telefonnya.

Kenapa ayah tiba-tiba menelefonnya? Takkan nak cakap pasal... kahwin.

Dia berharap sangat bukan isu kahwin yang ingin diperkatakan ayahnya. Tolonglah.

"Waalaikumussalam." Salam ayahnya dijawab sebaik saja panggilan mereka bersambung.

"Ayah nak cakap pasal kau dan Riyaz." Tengku Sulaiman terus ke tujuan asalnya menghubungi Airis. Dia tak mahu membuang masa dengan berbicara perkara lain.

Nampaknya Airis takkan boleh lari daripada topik itu.

"Kan Airis dah kata... Airis tak nak kahwin dengan dia."

"Aku ada tawaran untuk kau. Selepas kau kahwin dengan Riyaz, aku akan bawa kau jumpa anak kau."

Tawaran itu membuatkan Airis tergamam.

"Ap... apa?" Jadi tergagap bicara Airis. Dia masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Ayah tidak pernah memberikan dia tawaran sebegini. Dan ayahnya tak pernah sekali pun membangkitkan isu anak dia selama empat tahun ini.

"Kau kahwin dengan Riyaz, kau dapat jumpa budak tu. Senang je kan, Airis. Tak perlu kau susah-susah cari dia. Hanya aku je yang tahu dia ada dekat mana."

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now