BAB 6

5.6K 672 25
                                    

"KAU punya gaya macam dah hilang bini aku tengok. Serabai gila dengan jambang. Airis tu bukannya bini kau. Awek je. Haih... Awek hilang boleh cari yang baru la," bebel Nadhif sambil menggeleng kepalanya. Atas bawah dia memandang penampilan terkini Firash.

Apa nak jadilah...

Puas dah Nadhif membebel kawannya selama ini. Satu pun tak melekat dalam otak tu. Kata-katanya bagaikan angin sepi yang menyapa telinga Firash. Bazir air liur dia saja.

"Woi Firash bangun..."

Nadhif sepak hujung kaki Firash yang terjuntai di hujung katil itu. Matahari dah terpacak atas kepala pun tak reti nak bangun tidur lagi.

"Aku tahu kau dengar aku membebel ni. Bangun la. Aku ni dah macam mak kau pulak. Nak kena bebel anak yang degil dan pemalas macam kau ni. Aku ada bawakkan makanan untuk kau. Rumah kau ni bersepah betul. Aku masuk je tadi mengucap dulu tengok ruang tamu kau. Tu belum aku masuk dapur kau. Kau duduk sorang pun pinggan mangkuk bertingkat. Lepas makan basuh la. Jangan pemalas. Kau ingat rumah kau ni ada bibik nak kemas-"

Firash berjaya menghentikan bebelan Nadhif dengan mencampakkan bantal ke muka jejaka itu. Tahu pun diam.

Nadhif membebel dah macam rap. Laju kemain tak ada brek. Dengan satu nafas je.

"Bingit," komen Firash. Dia tenggelamkan semula mukanya di atas bantal dengan baring secara meniarap.

"6 bulan dah dia tinggalkan kau. Aku rasa kau dah boleh move on. Anggap jelah kau dengan Airis tu tak ada jodoh. Siapa tahu sekarang Airis dah kahwin dan bahagia dengan lelaki lain."

Kata-kata Nadhif disambut dengan jelingan tajam daripada Firash. Dengan langkah yang longlai, Firash masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Sekurang-kurangnya dia takkan mendengar bebelan Nadhif tanpa penghujung itu. Usai mandi dan memakai baju, Firash melangkah keluar dari biliknya.

Kelihatan Nadhif sedang berbual dengan seseorang di dalam telefon.

Firash tak mahu menganggu urusan lelaki itu. Dia membuka peti ais dan terus menyambar sekotak susu.

"Boleh minum lagi ke susu tu? Aku rasa dah expired !" Laung Nadhif.

Firash bergegas ke singki dan membuang semula susu yang baru diteguk tadi. Patut rasa dia lain macam. Dia berkumur menghilangkan rasa susu basi. Silap dia jugak tak melihat tarikh expired pada kotak susu itu.

"Aku dah belikan nasi ayam penyet untuk kau. Pergi makan."

Firash makan nasi ayam penyet yang dibelikan Nadhif sambil memikirkan sesuatu. Sejak kebelakangan ini dia kerap mendapat mimpi yang sama mengenai Airis. Airis di dalam mimpinya sarat mengandung. Berulang kali Airis akan berkata perkara yang sama.

'Kita berdua dah buat kesilapan yang besar'.

Apakah maksudnya?

Kesilapan apa?

Hidup Firash jadi tidak tenteram dihantui mimpi itu setiap malam.

"Nadhif..."

"Apa?"

"Aku kerap mimpi Airis. Airis dalam mimpi tu dia mengandung. Mimpi tu pelik. Bukan sekali dua aku mimpi macam tu. Apa maksudnya?"

"Kau banyak sangat fikir pasal dia sampaikan mimpi bukan-bukan. Jangan fikir sangat. Nama pun mimpi. Bukan betul pun."













"EIMAN nak pergi mana tu?" Tengku Sofia menegur anak lelakinya yang kelihatan tergesa-gesa melangkah keluar dari rumah. Ketika itu dia sedang menyiram pokok-pokok bunganya.

"Nak jumpa Kak Airis," beritahu Eiman bersama senyuman di bibir. Dia sudah berjanji dengan Airis untuk datang melawat kakaknya hari ini. Kali terakhir dia bertemu Airis dua minggu yang lepas.

"Ibu nak ikut?" tanya Eiman perlahan. Dia mencuba mengajak ibunya. Sebelum ini banyak kali dia mengajak Tengku Sofia namun ditolak keras.

Tengku Sofia diam tidak menjawab. Dia kembali menyambung menyiram pokok bunganya dan menghiraukan soalan Eiman.

Tengku Sofia tahu Eiman kerap berjumpa Airis selama ini tanpa pengetahuan suaminya. Eiman sangat mengambil berat mengenai keadaan kakaknya.

Eiman menghampiri ibunya lalu disalami tangan ibunya.

"Man pergi dulu ye ibu."

"Sekejap. Jangan pergi lagi..." Tengku Sofia menghalang.













AIRIS menelan air liur berkali-kali melihat lauk-pauk yang dihidangkan di atas meja makan. Baru semalam dia bercakap dalam telefon dengan Eiman yang dia mengidam nak makan asam pedas ikan pari. Tidak disangka pula Eiman akan menunaikan permintaan ibu mengandung sepertinya.

Eiman baru saja tiba di rumah yang sekarang diduduki Airis bersama Umi Warda dan anak perempuannya Dahlia. Umi Warda adalah isteri kedua Tengku Sulaiman yang dinikahi sepuluh tahun lepas. Dahlia pula anak Umi Warda dengan arwah suaminya dahulu sebelum menjadi isteri kedua Tengku Sulaiman.

Tengku Sulaiman menghantar Airis duduk bersama dengan Umi Warda. Kedatangan Airis disambut baik oleh anak-beranak itu tanpa menghukum perbuatan Airis mengandung anak luar nikah.

Umi Warda melayan Airis seperti anaknya sendiri.

"Duduklah akak." Eiman tarikkan kerusi untuk Airis duduk.

"Terliur akak tengok asam pedas ikan pari tu. Terima kasih Man carikan untuk akak."

Airis terharu.

"Ibu yang masakkan asam pedas tu untuk akak," beritahu Eiman perkara sebenar. Dia terpaksa bergerak lewat sedikit dari rumah kerana menunggu ibunya memasakkan asam pedas ikan pari untuk Airis. Pada awalnya dia hairan mengapa ibunya menghalang dia pergi. Rupanya bersebab.

Airis mengangkat kepalanya. Dia merenung Eiman penuh rasa tak percaya.

Ibu... yang masakkan?

Air mata Airis mula bertakung di dalam kolam matanya. Dia jadi sebak mendengarnya. Dia sudah terlalu lama tidak makan masakan ibunya. Sungguh dia rindu.

Eiman tolak mangkuk asam pedas ikan pari itu di hadapan Airis. Kemudian, diletakkan lauk itu ke dalam pinggan Airis tanpa disuruh.

"Lah menangis pulak Kak Airis."

Airis segera menyeka air matanya dengan belakang tangan.

Eiman, Airis dan Umi Warda mula makan dengan senyap di meja makan. Baru Eiman tersedar yang Dahlia tiada sekali dengan mereka sekarang. Ketika dia sampai tadi memang tak nampak Dahlia.

Ke mana gadis itu? Hari ni kan hujung minggu dan semua pelajar tidak bersekolah.

Eiman alihkan pandangan pada wajah Umi Warda.

"Umi... Mana Dahlia?"

"Lia dia ada kelas tambahan hari ni."

Eiman menjatuhkan kepalanya sekali. "Dia balik pukul berapa?"

"Pukul 3. Kenapa Man tanya?" Umi Warda jadi musykil. Anak perempuannya Dahlia kini berusia 17 tahun dan bakal menghadapi peperiksaan yang besar pada tahun ini.

"Dia balik jalan kaki ke, umi?" Eiman ajukan soalan lain pula. Soalan Umi Warda tadi tidak dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Umi Warda angguk kepala sekali. Jarak rumah mereka dan sekolah tidak terlalu jauh. Memang selama ini Dahlia pergi ke sekolah berjalan kaki ataupun mengggunakan basikal.

"Cuaca panas hari ni umi. Biarlah Man yang ambik dia dekat sekolah."

"Tak menyusahkan Man ke?"

"Menyusahkan apanya umi. Man sendiri tawarkan diri nak ambik Lia."

Airis berdehem tiba-tiba. Dia melirik mata ke arah Eiman.

"Macam ada agenda tersembunyi je." Airis mengangkat keningnya nakal kepada Eiman.

KESEMPATAN KEDUAWhere stories live. Discover now