Tidak semua cerita cinta yang indah itu akan berakhir dengan kebahagiaan.Dan tidak semua cerita cinta yang penuh duka itu berakhir dengan derita. Setiap yang berlaku pasti akan ada hikmahnya.Begitu jugalah kisah cinta antara Husna dan Izzul.Cinta yang mereka semai tidak berakhir dengan bahagia. Takdir telah menentukan segalanya.Husna bukanlah milik Izzul,sebaliknya wanita yang menjadi tunangnya selama hampir tiga tahun itu akhirnya menjadi isteri yang sah kepada seorang lelaki yang bernama Zill Qayyum,iaitu adik lelaki Izzul sendiri. Apa sebenarnya yang telah berlaku? Mengapa Izzul tinggalkan Husna pada hari yang sepatutnya menyatukan mereka? Dan mampukah perkahwinan yang dibina tanpa rasa cinta antara Husna dan Zill berakhir dengan bahagia? My Little Angel,akan merungkai segalanya..