MLA 15

3.1K 168 13
                                    


"Ibu tak apa ke ni duduk sorang-sorang dekat rumah?" Tanya Husna.Kasihan pula dia nak tinggalkan Puan Aini dirumah seorang diri.Dia kerja,Zill pula ada kelas pagi ini.

"Alah tak apa..Ibu dah biasa duduk sorang..Tak payah risaulah." Jawab Puan Aini.Dia tuang air teh ke dalam cawan untuk Husna dan Zill.

Pagi ini Puan Aini yang sediakan sarapan untuk mereka berdua.Husna?Dia bangun lambat hari ni.

Subuh pun subuh 'gajah',samalah dengan Zill.Lena sangat tidur berbantalkan lengan suami,itulah jadinya.

Pipi Husna jadi panas bila bertembung mata dengan Zill.Malu sebab teringat apa yang berlaku malam tadi.

"Eh cepatlah makan,nanti lambat pulak pergi kerja." Tutur Puan Aini bila dia tengok Husna dan Zill masing-masing hanya tenung saja nasi goreng yang dia masak.

Terkulat-kulat mereka bila ditegur.Husna sendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Zill kemudian untuk dirinya sendiri.

Tak tahulah kenapa rasa macam tak boleh nak telan je nasi goreng bila tengok air muka Zill yang selamba tu.

Haish..

****

"Kenapa tak ambil cuti je." Celah Luth sewaktu dia terdengar perbualan Faz,Mimi dan Husna di pantry.

Mereka bertiga berkalih merenung kearahnya serentak.Masing-masing muka cuak sebab kantoi melepak waktu berkerja.

"Err..Bos." Terkulat-kulat muka Faz menegur Luth.

Mimi dan Husna pula sudah tunduk menegur ke lantai.

"Husna kenapa awak tak ambil cuti je?" Soal Luth lagi sekali.Air mukanya tidak ada tanda-tanda seperti orang yang sedang marah.

Kini tiga pasang mata terarah pada Husna pula.

"Cuti?"

"Ye..Cutilah..Kan ibu awak datang dari kampung." Ujar Luth lagi.

"Oo.."

"Err..Tak bos,saya tak ambil cuti."

"Kalau nak cuti,cuti jelah saya luluskan."

"Serius bos?" Soal Husna bagai tidak percaya.

"Yes.Muka saya ada nampak macam main-main ke?"

Cepat-cepat Husna menggeleng.Mimi dan Faz pula sudah sibuk siku menyiku disebelahnya.

"Thank you bos.Thank you sangat-sangat.Saya ambil cuti seminggu ye bos."Bukan main lebar lagi Husna senyum.

Maunya tak happy,bos sendiri bagi cuti wei.

" Ok.Seminggu tak apa jangan terlajak sampai sebulan pula."Ujar Luth sambil tersenyum manis.Suka dia bila tengok Husna gembira.

"Bukan main seronok lagi kau ye." Faz menyiku lengannya sebaik sahaja Luth beredar dari situ.

Husna tayang sengeh.

"Bos kalau pasal kau,semuanya boleh.Tengoklah siap offer cuti lagi." Sampuk mimi pula.

"Alah..Bos kita tu kan memang baik hati." Tukas Husna.Dia bergerak keluar dari pantry.

Faz dan mimi membuntutinya dari belakang.

"Baik tu memanglah baik,tapi aku tengok si apek tu kalau pasal kau,terlebih-lebih pulak baiknya." Tutur Faz.Memang dah lama dia perhatikan perangai si Luth tu.

"Haah.Kalau pasal kau lain macam baiknya.Aku syak dia suka kaulah Husna."Mimi mengiakan kata-kata Faz.

" Eh korang ni..Tak adanya si bos tu nak suka pada aku.Aku ni kan isteri orang."Sela Husna.

My Little AngelWhere stories live. Discover now