Mengisahkan seorang pegawai polis yang digeruni oleh penjenayah dan polis-polis yang lain kerana kegilaan caranya dalam memberkas penjenyah. Misinya adalah untuk mencari ibunya yang hilang sejak usianya 8 tahun. Anna Alias masih mampu berfikiran matang dan membesar menjadi insan berjiwa extrovert. Pertemuannya dengan seorang inspektor nerd dan tegas mengikut undang-undang, sedikit sebanyak mengajar Anna untuk bersikap lebih bertimbang rasa. Kau nampaknya macam dah berubah sikit. Ke arah yang lebih baik.-HAIKAL Berubah? Aku tak pernah berubah. Dan tolong ya, hentikan senyuman menjengkelkan tu!- ANNA Anna, kau masih ingat aku? Kaulah hero aku 21 tahun yang lalu- HAIKAL Heh, kau ingat kau boleh tipu aku? Tak semudah tu!-ANNA Hilang integriti? Bagi Anna, bukan salahnya semua ini terjadi, tetapi intitusi ini yang penuh dengan korupsi. Berjayakah dia mencari ibunya yang hilang 21 tahun yang lalu. Siapakah yang menjadi dalang korupsi dalam sistem kepolisan dan politik di negara ini? Kehadirannya disangka membawa bencana, kerana dialah Puteri Katastrofi. Namun, masyarakat semakin bijak membuka mata. Kata mereka, "Dia pembawa bencana yang menegakkan keadilan"