♥️ Achievements ♥️ 1) The Diamond Award (Romance) - 1st place Kahwin masa sekolah? Siapa yang sanggup? Kahwin pula dengan musuh sendiri. Lagilah mereka membantah! Inilah yang berlaku kepada Ayna Syafiqah dan Rizky Zakuan. Hanya kerana satu amanah mereka disatukan. "Nek, Riz muda lagilah! Sekolah pun tak habis lagi! Diri Riz pun tak boleh nak jaga inikan nak jaga anak dara orang!" Bentak Rizky. Walaupun dia anak yang nakal. Dia tahu hukum hakam! Tanggungjawab sebagai seorang suami sangat besar dan dia tahu dia tak mampu! "Mama, Ayna muda lagi. Ayna tak rasa Ayna mampu untuk menjadi isteri solehah." Ayna membantah. Walau apa sahaja alasan, mereka tetap berkahwin. Tidak disangka perkahwinan yang dirasakan akan musnah kerana mereka adalah bermusuhan rupanya tidak berlaku. Hubungan mereka kekal bahagia. Akan tetapi, perkahwinan mana yang tidak dilanda badai? Ada sahaja orang ketiga yang selalu muncul untuk memusnahkan hubungan mereka berdua. "I Liana, girlfriend Rizky." - Liana. "Ayna please, maafkan I." - Aizat. Gangguan-gangguan tersebut dapat ditepis dengan mudah. Tetapi seorang gadis mula hadir dengan memperkenalkan dirinya sebagai bekas kekasih Rizky. Perlakuannya yang bagaikan psychopath Itu membuatkan sesiapa sahaja merinding. "Sah, si Naurah tu gila!" - Zachary. "Kita sepatutnya belasah saja si Naurah tu! Ajar dia sikit!" - Adrian. "Aku bukan jantan dayus! Aku tak pukul perempuan!" - Rizky. Satu kejadian membuatkan Rizky hampir kehilangan isterinya. Hubungan Rayyan dan Adriana juga terganggu. Bagaimanakah kisah hidup mereka seterusnya?