"Yang mati tak semestinya pergi." Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampongan di Kedah. Satu susuk wanita jubahan putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya dia, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan marah. Siapakah perempuan itu? Mengapa dia terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang dia mahukan?