Nur Azhara Suhaila Si Gadis yang ceria,peramah dan boleh dikatakan pakej lah sebab selain mempunyai perangai yang elok dia juga cantik .Jadi tak mustahillah jika ramai orang suka padanya . Erzakwan dan Eizat adalah kembar yang menjadi kawan rapat Azhara sejak dibangku sekolah lagi . Erzakwan Si Abang lebih suka memilih untuk diam dari meluah . Eizat pula lebih tenang dan peramah . Azhara pernah meluahkan perasaannya terhadap Eizat adik kepada Erzakwan . Namun begitu,tindakan tidak matang Eizat ketika itu sudah membuatkan dia sesali hari ini . Dia menyesal kerana pernah melukakan perasaan Azhara tapi apakan daya, nasi sudah jadi bubur . Semenjak itu,sifat Eizat berubah 360° darjah . Dia lebih suka bersosial dan melibatkan diri dengan aktiviti merosakkan masa mudanya . Bukan tak pernah memohon maaf pada Azhara namun disebabkan kata2 penghinaan dia ,gadis itu menjadi benci untuk mendekatkan diri dengannya . Anas Zikry yang baru diperkenalkan membuatkan saingan si Kembar bertambah . Aira hadir mengusung perut berisi bayi mencari si Pak Sanggup untuk dikhawini . Ayah kepada kandungan menjadi persoalan . Eizat makin berubah .Emosinya seakan terganggu . Kemungkinan tekanan dengan rasa sesal dia terhadap Azhara . Kemungkinan juga dia obses tentang Azhara . Cafe De Roma menjadi saksi hubungan Azhara dan Muhd Syafiq makin lama makin rapat . Semakin rapat hubungan meraka ,semakin kerap Muhd Syafiq diganggu dan menerima banyak ugutan . Adakah ugutan ini dari Anas,Eizat atau kemungkinan Erzakwan?
25 parts