' Macam mana seorang lelaki beku boleh jadi seorang romantik dan pervert selepas kahwin? '
Ayat itu berulang ulang di fikiran Adila selepas menikahi Danish. Baginya Danish seorang beku dan dingin. Dari pertemuan pertama mereka, dia tahu seorang lelaki bernama Danish Irvan memang susah ditaklukkan. Takdir Tuhan, beberapa tahun kemudian mereka bertemu semula tetapi semuanya dirancang oleh Adila. Bagi Adila, persetujuan Danish untuk menikahinya adalah satu keajaiban. Ya, satu keajaiban kerana satu ketika dulu Danish amat membencinya.
' Macam mana seorang perempuan boleh jadi secantik ini ?'
Ayat itu berulang ulang di fikiran Danish selepas menikahi Adila. Baginya Adila tidak ubah seperti seorang bidadari yang dihantarkan oleh Tuhan padaNya. Adila datang pada waktu yang tepat. Sesungguhnya Adila adalah jawapan yang sekian lama ditunggu tunggu olehnya. Kali ini, dia tidak akan melepaskan Adila pergi. Dalam hidupnya cuma ada seorang Adila, dan Adila ini lah yang akan menemani dia sehingga akhir hayatnya.
*sinopsis memang cringe 100/10. pls vote and comment ya my love*All Rights Reserved