Dato Mikael Farid , pengurus syarikat Empire Holding , Putrajaya . Dato Mikael Farid berkahwin dengan Datin Amylea Ariana dan telah dikurniakan seorang anak gadis yang begitu cantik , Mikaila Safia . Semasa dalam perjalanan untuk menyambut ulang tahun kelahiran Mikaila Safia yang keenam , mereka telah terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah lori tanah . Kemalangan tersebut telah meragut nyawa kedua dua insan yang amat Mikaila Safia sayangi iaitu Dato Mikael Farid dan Datin Amylea Ariana . Kematian Dato Mikael Farid telah menyebabkan Empire Holding jatuh muflis kerana pada saat itu Mikaila Safia masih kecil untuk mengurus syarikat tersebut . Mikaila Safia juga telah dihantar untuk tinggal bersama neneknya di Selayang , Selangor . Cara hidup Mikaila Safia amat berbeza selepas ibu bapanya meninggal dunia . Dato Azhar Rifa dan Datin Melissa Melaini merupakan pasangan terkaya di Malaysia . Datin Melissa Melaini telah melahirkan seorang anak lelaki yang begitu tampan , Aryan Rykal . Hidup mereka dipenuhi dengan kemewahan setiap hari . Datin Melissa Melaini dan Aryan Rykal begitu sombong dan angkuh , sungguh berbeza tingkah laku mereka berdua dengan Dato Azhar Rifa kerana dia seorang yang pemurah dan baik hati . Pada hari ulang tahun kelahiran Aryan Rykal , Dato Azhar Rifa membuat kejutan dan menghadiahkan sebuah pasaraya untuk Aryan Rykal uruskan . Pasaraya tersebut terletak di Putrajaya . Pasaraya tersebut juga akan menyebabkan Aryan Rykal dan Mikaila Safia bertemu . Banyak cabaran dan konflik yang akan mereka tempuhi . Persoalannya , bakalkah mereka bahagia ataupun derita pada akhirnya ?