{Romance-chicklit} Ini kisah seorang gadis setiausaha dan majikannya. Mungkin kedengaran agak lapuk di telinga engkau yang membaca, tapi ini adalah kisah 'dia' yang aku rakamkan dengan lembaran putih, pena berdakwat dan takjub rasa. Kerana 'dia' penuh dengan misteri. Hatta engkau bertemu dan bersama dengannya saban hari pun, tetap saja akan ada perkara di luar jangka yang bakal menghantui mimpi engkau saat waktu berakhir dengan kekaburan. Dan Tuan Khai, juga turut tidak terkecuali. "Qairina!"-TUAN KHAI. "Boleh saya bantu, Tuan?"-INTAN QAIRINA. Baik 'Intan' atau 'Qairina', kedua-dua nama tersebut membawa kepada gambaran gadis itu. Ceria dan keanak-anakan, itu ialah adaptasinya terhadap persekitaran sehinggalah satu detik yang dianggapkan remeh mengubah segala-galanya. Topeng poker gadis itu akhirnya retak digerudi waktu... Dan Tuan Khai yang selama ini teguh dengan kerasionalan dirinya akhirnya tersungkur dilanda dilema. Barangkali peribahasa 'Hanya jauhari yang mengenal manikam' adalah sesuatu yang tepat untuk menggambarkan situasi mereka? Siapa tahu takdir yang datang menduga?
1 part