Aku mungkin hebat bermain kata, namun jauh sekali diriku mendalami bidang sastera. Kumpulan puisiku ini merupakan hasil puisiku sejak pertama kali aku berusaha dan berkecimpung dalam bidang penulisan. Aku tidaklah sehabat Pejuang Pena, dan jauh sekali seorang Pendekar Papan Kunci. Tetapi aku tahu mereka juga manusia, dan mereka boleh membantu dalam usahaku melentur perbahasaan puisi dan sajak. Inilah usahaku yang tidak seberapa, sejak aku berusia 15 tahun. Sokong dan komen kerana suaramu amat bermakna buatku.