Syuhada Muda

16 0 0
                                    

Engkaulah penghias nama Islami,

Engkaulah peneguh jiwa nurani,

Engkaulah pejuang berani mati,

Menegakkan tiang agama ini.


Sungguh kau berjuang melindungi kalimah keramat,

Yang diturunkan kepada Muhammad,

Sebagai bimbingan sekalian umat,

Sebagai rahmat bagi insan sejagat.


Memang takdir sudah tersurat,

Di Lauh Mahfuz ia tersirat,

Menunggu masa untuk mendarat,

Ke bumi dunia dibawa malaikat.


Sudah terlafaz janji dendam,

Dari syaitan makhluk direjam,

Membisikkan amal maksiat yang hitam,

Hatta terhembus nafas terakhir Bani Adam.


Syaitan itulah syaitan durjana,

Membisikkan rancangan pemusnah di dada manusia,

Hanya kerana hasad dengki makhluk durjana,

Engkau pula menjadi mangsa.


Sepuluh jari sentiasa kami susunkan,

Bagimu rahmat kami pohonkan,

Berbahagialah kamu di alam perkuburan,

Dengan nikmat kudrati Tuhan

Kumpulan Puisi: Setitis Dari SamuderaWhere stories live. Discover now