Setelah 6 tahun membawa diri dan menetap di Itali, Nadia pulang ke Malaysia bersama anak perempuannya. Tujuannya adalah untuk menuntut penceraian dan memulakan kehidupan baharu. "I want a divorce. I dah penat hidup dalam hubungan yang tergantung macam ni..." Sangkanya suami akan bersetuju dengannya. Namun... "No. I takkan ceraikan you, Asfariza Nadia..." "Why, Qhairen? Baru jumpa kebenaran selepas 6 tahun? Hah?!" Hari demi hari, hidup Qhairen semakin resah dengan kemunculan dan ayat isterinya itu. Tambahan pula, dia sudah terikat dengan orang lain. "Abang Yen, Sufi tak sanggup nak putuskan hubungan ini. Tak apa, Sufi bagi masa kat abang Yen untuk fikir masak-masak. Kalau abang Yen memang betul-betul nak putus dengan Sufi, Sufi redha... Sekurang-kurangnya, Sufi boleh cuba belajar untuk melupakan abang Yen dalam tempoh itu." - Sufi "Mama, Naura nak hidup macam orang lain. Kawan Naura semua ada papa." Naura. Keadaan semakin rumit buat mereka.