(Tarikh Mula: Jun/20. WIP) Mikael mampu melihat hantu dan roh. Dalam satu kejadian aneh, dia melihat satu roh yang merasuk manusia untuk diculik. Lebih memeranjatkan apabila roh yang sama, merasuk seorang pembaca berita sewaktu siaran lansung, dan menyatakan ugutan untuk mengambil alih Malaysia. Noktah, individu misteri yang mampu merasuk orang walaupun dia masih hidup; atau lebih dikenali sebagai makhluk yang digelar ragawa. Rakan subahatnya pun tidak mengetahui identiti sebenar Noktah. Kejadian selepas kejadian berlaku, dan tiba-tiba Noktah berubah arah dari hanya melakukan rompakan dan onar kecil-kecilan, sehingga bertekad untuk mengambil alih Malaysia. Apakah kerana dendam atau nafsu? Maka bermulalah episod kejar mengejar di antara yang mampu melihat semua dan yang mampu bersembunyi di mana saja!