Muhammad Brian Naufal Cullen adalah anak kepada artis terkenal yang berasal dari California. Ibunya Alexa Cullen adalah seorang pelakon dan juga bussinesswoman yang berjaya. Brian seorang yang pendiam, payah senyum dan tidak mudah bergaul dengan perempuan kecuali dengan perempuan yang dia dah kenal lama. Sifatnya yang cool, rupa yang hensem kerana mempunyai kacukan, menyebabkan dia mempunyai ramai peminat. Nur Qalisya Safiya gadis biasa dan simple. Dia mempunyai bisnes kecil sendiri kerana baru mulakannya. Kedatangannya ke bandar Kuala Lumpur hanya untuk mengembangkan perniagaannya dengan bantuan saudaranya. Pertemuaan mereka menyebabkan Brian jatuh cinta pandang pertama. Sikap Qalisya yang lemah lembut dan sangat sopan membuatkan Brian terpesona. Sebaliknya bagi Qalisya, dia tidak kenal siapa jejaka ini walaupun Brian sangat terkenal di Malaysia. Pelbagai cara Brian cuba untuk menarik perhatian Qalisya. Berjayakah Brian mencuri perhatiannya?