Kerana ilmu, dia mendabik dada. Kerana tingginya ego, dia menusuk hati seorang lelaki bernama suami dengan sembilunya kata. Namun, ketika Allah mula berbicara dengannya, Aisya Humaira' terlewat. Ketika kasih sudah mula mengulum rindu, Zayid Fawwaz telah jauh meninggalkannya. Hanya doa' dan takdir, mampu mengembalikan hati yang terlara.