RAYYAN RAZIEN - Keselamatan dirinya terancam. The Great Father terang-terangan melancarkan tentangan dan bersumpah mati akan membunuhnya. "Walau apa pun yang berlaku, aku tetap akan melindungi kau, Hana." - Rayyan Razien. HANA MIKAYLA - Nyawanya menjadi taruhan. Tentangan The Great Father kepadanya semakin hebat, dia tertambat! Kerana Blue Rose, dia diburu. "Rayyan, bertahanlah. Kau tak boleh mati!" - Hana Mikayla. AARIZ IKTIZAR - Dark, sesekali tidak akan mengalah dengan ancaman The Lord kepadanya. Namun, kehadiran Dodo mengubah segala-galanya. "Rara, berjanjilah untuk terus hidup." -Aariz Iktizar. AMRA KHAYRA - Princess Devil, dia adalah target The Lord. Namun, sumpah taat setia Nona kepadanya sedikit sebanyak menyelamatkannya. "Ayiz, kau adalah aku!" - Amra Khayra. Tiga bulan setelah organisasi mafia Death dilumpuhkan oleh Rayyan Razien, kemunculan seorang tokoh korporat terkenal di khalayak ramai benar-benar mengundang kesakitan maha dahsyat baik kepada Rayyan mahupun Aariz. The Great Father dan The Lord, sang petaka kejam melebihi iblis kini memulakan operasinya dengan memperkenalkan diri sebagai manusia berkebajikan dan membantu orang dalam kesusahan. Dengan tertubuhnya organisasi besar mafia D.C.D setelah dimobilisasikan bersama mafia Death, Crow dan Dragon, maka pembunuhan, eksperimen dadah dan 'zombi' semakin berleluasa. Rayyan Razien dan Aariz Iktizar, kedua-duanya memegang tanggungjawab besar dalam menyelamatkan cinta hati masing-masing: Hana Mikayla dan Amra Khayra. "Kami, bodyguard pada isteri kami." - Rayyan dan Aariz. [SAMBUNGAN NOVEL HELLO, ABANG BODYGUARD! ] Tarikh mula: 13 November 2020 Tarikh akhir: 10 September 2023 Cover: @ianarasyah