Cubaan tiga beradik untuk menjodohkan along dengan jejaka bekerjaya pujaan kampung (dan merangkap seteru along). Kisah berkisar tentang kehidupan yang penuh dengan ragam dan gelagat adik-beradik. Setiap satu mempunya fi'il yang unik yang membuatkan kehidupan mereka tiada apa-apa melainkan kebahagiaan dan sedikiiiit kemuraman. Along dengan pendirian tak mahu berkahwin, angah yang hilang dari radar, alang yang suka bergosip, achik yang hampir dibuli dan Daniel yang licik. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Fiksyen, Kekeluargaan, Kehidupan, Komedi, Remaja, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)