𝓗𝓪𝓻𝓻𝓪𝔃 𝓔𝓭𝔀𝓪𝓻𝓭𝓼𝓸𝓷 & 𝓝𝓪𝓯𝓲𝔃 𝓐𝓺𝓪𝓼𝓱𝓪 𝓛𝓸𝓿𝓮𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 🕊️ NAFIZ AQASHA budak kampung yang dibesarkan dengan ajaran bahawa lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki. Selain dari hubungan seperti itu adalah berdosa! Tidak mahu mengulangi kesilapan abahnya, Nafiz Aqasha tekad membuang perasaan sucinya terhadap seorang CEO muda yang mencuri kesucian dan hatinya. Menyambung pelajaran di Australia dengan niat hendak mengubah nasib keluarga dan menjauhkan diri dari Harraz Edwardson. Kedua - dua impian Nafiz Aqasha hancur berkecai apabila dia bersahabat baik dengan anak bongsu keluarga Edwardson. Masalah kewangan dan masalah keluarga datang serentak membuatkan Nafiz Aqasha kelu tidak tahu hendak meminta bantuan siapa. Masalah cinta yang gila juga datang menerjah menambah masalah yang sedia ada. Akhirnya, satu kemalangan berlaku menyebabkan Nafiz Aqasha hilang ingatan. "Tidak semua cinta itu suci. Tidak semua cinta itu harus dimiliki. Tidak semua cinta itu wujud. Tidak semua cinta itu bukan kerana wang dan nafsu semata. Mungkin kisah kita adalah salah satu darinya." - Nafiz Aqasha "Jadi, selama ini awak tipu saya? Kau tipu aku semata mata sebab duit?! Aku fikir kau lain dari perempuan perempuan yang hanya nakkan duit aku sahaja. Tapi betullah. Sebab kau berjuta kali ganda lagi teruk dari mereka!" - Harraz Edwardson "Tiada siapa yang sempurna. Walaupun cinta itu suci buat kita, tak semestinya cinta itu suci di mata ilahi. Mencintai tak salah tapi niat tak menghalalkan cara." - Aisyah Mampukah Nafiz Aqasha kembali mengingati jejaka yang telah mencuri hatinya itu? Mampukah kisah cinta mereka berakhir dengan 'happily ever after'? Atau adakah memang wujud perkataan cinta di antara mereka? 𝔦𝔫 𝔞𝔩𝔩 𝔱𝔥𝔢 𝔴𝔬𝔯𝔩𝔡, 𝔱𝔥𝔢𝔯𝔢 𝔦𝔰 𝔫𝔬 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯 𝔶𝔬𝔲 𝔩𝔦𝔨𝔢 𝔪𝔦𝔫𝔢