Aqisya Balqis seorang gadis yang manja dengan orang yang dia sayang tetapi bila dia bersama dengan orang dia tak suka automatik sikap manjanya akan hilang. Terus jadi singa. Tambahan pula dia tak suka lelaki kerana baginya lelaki itu penipu. Hanya kerana bekas kekasihnya curang dengannya dan sejak itu dia tidak mudah suka pada lelaki. Faryan Izham seorang lelaki yang bergelar duda semenjak isterinya meninggal dunia setelah setahun mereka berkahwin kerana penyakit kanser rahim. Seorang lelaki yang peramah bertukar menjadi lelaki bengis dan ego setelah isterinya pergi meninggalkan dia buat selamanya. "Awak lewat lima minit, jadi awak tak boleh masuk kelas saya." - Faryan Izham "Eeii sombong betul." - Aqisya Balqis Selepas kejadian tersebut, Aqisya Balqis semakin meminati Faryan Izham. Bagi Faryan Izham, gadis yang bernama Aqisya Balqis itu tidak menarik perhatiannya. Kerana satu peristiwa, Aqisya Balqis dan Faryan Izham disatukan. "Abang cintakan sayang. Ingat sampai bila-bila sayang. Aqisya Balqis kepunyaan Faryan Izham." - Faryan Izham "Isya pun cintakan abang juga sampai bila-bila dan Faryan Izham kepunyaan Aqisya Balqis." - Aqisya Balqis "Aku takkan biarkan kau bahagia, Aqisya!" - Hana Fara "Tengok awak bahagia buatkan saya bahagia Aqisya." - Affan Wafi "Aku kecewa dan benci kau Aqisya Balqis!" - Faryan Izham "Bagi Isya explain abang." - Aqisya Balqis Dapatkah Aqisya Balqis menerangkan perkara sebenar kepada Faryan Izham? Siapakah Hana Fara dan Affan Wafi? Akankah Aqisya Balqis bahagia bersama Faryan Izham?