2021. Leen Tiarana. Seorang gadis muda yang bercita-cita ingin menjadi novelis terkenal. Ekoran ego bak pencakar langit, dia buat keputusan untuk tidak langsung bergantung kepada keluarga, dan hidup seorang diri sebagai novelis. "Aku akan buktikan, yang aku boleh jadi famous nanti!" -Leen Tiarana. Tanam ego tinggi-tinggi nak ke mana Leen Tiarana oi? Apabila dia jatuh terduduk, manuskrip berbelas kali kena tolak, duit pun dah kurang, hidupnya jadi kucar-kacir. Tapi dia masih tak mahu pulang ke rumah keluarganya. Malu nanti! "Hi, my sexy girlfriend," -Lyan Adriyan. Haaa sudah. Pertemuan di bawah Roda Ferris dengan seorang lelaki kacak, buatkan Leen Tiarana dalam dilema. Mestilah, tiba-tiba kena jadi girlfriend ni apahal? "Aku pakai tudung tau, kau panggil aku seksi? Kau ada otak tak? Kau sekolah tak?"-Leen Tiarana. "Untuk tiga bulan je, please! Aku bantu kau terbitkan novel!"-Lyan Adriyan. Atas kehendak ego dan kepentingan masing-masing, mereka akhirnya bersatu menjadi pasangan kekasih. Cukup tiga bulan, mereka akan putus dengan alasan Leen Tiarana sudah berubah hati. Noktah! "Janji kita sampai dekat sini je. Aku kena pergi," -Lyan Adriyan. Tiada perasaan? Tipulah. Leen Tiarana sering bermimpi dan Lyan Adriyan sering ternanti-nanti. Sudah banyak memori kelakar, cemas dan bodoh yang mereka lalui bersama. Di situ, muncul persoalan. Adakah Leen Tiarana akan mencuba nasib meluahkan perasaan? Lyan Adriyan pula bagaimana? Sanggupkah dia kembali ke Malaysia semula semata-mata demi sexy girlfriend nya? ***