You betrayed me And I know that you'll never feel sorry For the way I hurt Itulah apa yang dirasai Dareena Rumaysa apabila dia dikejutkan dengan perkahwinan tunangnya selepas dia pulang dari luar negara.Rasa dikhianati dan kecewa apabila dirinya dipersalahkan akibat kejadian itu!Dan lagi menyedihkan Dareena apabila mengetahui isteri kepada tunangnya itu merupakan kawan baiknya sendiri! "Kurang ajar kau kan!"-Dareena Rumaysa "Dareena I'm sorry."-Rihana Namira Kemudian Dareena sedar tidak ada gunanya jika dia terus menghentam mereka.Hubungan Dareena dengan tunangnya juga putus tatkala Aayan Firdaus melafazkan akad. Namun,ada rahsia yang disembunyikan Rihana.Ada sebab mengapa perkahwinan dia bersama Aayan terjadi.Tetapi tidak disangka Rihana,rahsianya didengari oleh Dareena. "Wah!Tak sangka kau orang yang macam ni."-Dareena Rumaysa "Kenapa?Nak bagitahu Aayan pasal ni?"-Rihana Namira Dareena rasa tercabar lalu satu rancangan timbul di benak fikirannya.Rancangan untuk menyingkirkan Rihana dan mendapatkan Aayan semula. Baru saja dia ingin memulakan langkah,dia terserempak dengan seorang lelaki yang mengaku dia merupakan bekas teman lelaki Rihana.Dareena merasakan takdir menyebelahinya. "Kalau aku kata aku akan dapatkan semula Rihana untuk kau,kau akan setuju kan?"-Dareena Rumaysa "Kalau masih ada jodoh antara aku dengan Rihana aku akan terima."-Emir Riyadh Siapa sangka,rancangan Dareena hampir berjaya.Hubungan suami isteri itu semakin retak.Namun,tiada siapa dapat menolak takdir tuhan. Di saat itu jua,hatinya mula berbelah bahagi.Dareena menyangka Aayan lah merupakan takdirnya tetapi kenapa hatinya mula berpaling tadah? "Tadi Rihana datang nak getback balik dengan aku."-Emir Riyadh Hanya senyuman dan air mata yang ikhlas yang mampu menutup hatinya yang terluka.Dareena sedar dia perlu untuk menerima jalan yang dia sendiri ubah. Tetapi sekali lagi,Dareena diuji.Dirinya sudah tidak kuat.Penat.Namun,dia perlu tabah. Tuhan ada untuknya. (COMING SOON)