𝗕𝗟𝗨𝗥𝗕 Dua insan. Dua kenangan berbeza. Namun isinya sama. Mereka kehilangan. Kehilangan yang membuatkan mereka tidak bisa melangkah. Kenangan perit itu seakan membuat mereka berhenti untuk 'hidup'. FATEEN AULIA - Kehilangan kekasih tercinta disaat cinta baru bertunas indah. Pemergiaan sang kekasih ke Jerman dengan harapan agar pulang dengan secepat mungkin, akhirnya bertukar tragis. AQIEM HUZAYRI - Kehilangan isteri dalam peluang baru sahaja ingin menginjak bahagia baru. Kepergian sang isteri dari hidupnya serta merta menutup pintu hatinya untuk diduduki mana-mana wanita. Apabila kenangan silam dibuka kembali, masing-masing hati sudah terusik dengan kenangan menyedihkan pasangan masing-masing. "Dan untuk hari-hari yang seterusnya aku akan terus ada dengan kau. Aku tau kau mesti rasa tak selesa, tapi... aku ikhlas nak dengar. Apa pun itu..." - AQIEM HUZAYRI. "Fateen mungkin takkan pernah faham rasa kehilangan abang. Tapi Fateen janji selagi Fateen masih ada dengan abang, Fateen akan bahagiakan abang. Fateen takkan biarkan... air mata abang jatuh lagi. Fateen minta maaf sebab tak pernah nak tahu tentang abang..." - FATEEN AULIA. Mampukah rasa trauma atas kehilangan bisa diusir dengan damai, sedamai hubungan baru dua hati ini?