Syafik merupakan seorang askar pemberontak daripada Daerah Pinggiran Kuala Selangor yang menolak pengaruh pihak asing dan merupakan sebuah syarikat korporat persendirian bernama Gold & Glory Incorporation atau dikenali sebagai GGI yang telah mengawal hampir separuh negeri Selangor. Tambahan lagi, seluruh Malaysia Lama telah menerima kehadiran syarikat-syarikat asing sebelum setiap negeri mula diperintah oleh syarikat korporat asing yang berjaya menguasainya. Pemberontak daripada Daerah Pinggiran bangun untuk menentang penindasan yang dilakukan oleh pihak penjajah syarikat korporat asing. Syafik sebagai seorang askar pemberontak turut menentang sikap pihak penjajah GGI di Selangor disamping pernah menjadi mangsa eksperimentasi milik GGI sewaktu dia kecil serta pernah dikhianati oleh sahabatnya sendiri dahulu. Rumah Putih merupakan cubaan awal aku menulis cerita pendek @ cerpen atas nama "assignment" yang diberikan oleh Lecturer. Nota Kecil : Sila berikan sebarang pendapat mahupun komen sekiranya ada buat penulis.