Lavelle V. MARYAM ALAYNA. Seorang gadis yang dianggap lemah dan sering dibuli. Kenapa dia dipanggil lemah? Kerana dia tak pernah melawan pembuli-pembulinya sehingga dia tercedera teruk membuatkan reputasi pembelajaran dan kehadirannya di sekolah terkena tempias. Maryam tidak pernah berani untuk mengeluarkan suara hatinya kepada dunia sehingga muncul si dia yang dianggap hero. LUCAS LUTH. Seorang jejaka yang punya segalanya. Harta, rupa yang tampan, kepandaian dan kehidupan yang mewah. Bertemunya dengan Maryam di rooftop sekolah mengubah dirinya kepada versi yang lain. Selain digelar Luth, dia juga digelar Lucas oleh kawan-kawan gelapnya. Lucas merupakan lelaki yang berbahaya. Sesiapa sahaja yang menganggu hidupnya walau sedikit, akan dicari sampai lubang cacing. Dan rekod setakat ini, mangsanya tidak pernah terlepas. Manakala untuk Luth. Dialah lelaki paling sempurna di mata Maryam dan dia merupakan pelindung Maryam. Tetapi tanpa sedar, dia telah membawa Maryam ke sebuah neraka yang didiaminya. Hidup Maryam akan sentiasa dalam bahaya kalau dia kekal bersama gadis naif itu. "I thought I could fix you, Luth." "I can never be fixed, Maryam. A villain will always be the villain." Kemunculan seorang lagi lelaki dalam hidup Maryam membuatkan Maryam lupa akan cinta pertamanya. Namun, kebahagiaan itu tidak lama. Lelaki itu sendiri telah hilang rasa cinta darinya. "I dare you, Maryam. Cheat on me. That'll make you look powerful and attractive. Then I'll love you again." Maryam yang dulu bukan seperti Maryam yang sekarang. Dia memang pantang dicabar. Dan kerana cabaran itu, lelaki yang lama kembali menggunakan peluang yang ada. "You know what Maryam. If you wanna go to the man who cheated on you, go to him. But know that my door is open whenever you need me. Sometimes, it's better to be with a true villain than a villain who acts like a hero." - Lucas Luth.