Dia merindu. Dia memendam. Malah dia menanti. Namun dia tidak akan sesekali membenci kerana dia tahu dirinya sangat dicintai lelaki itu. Namun saat mereka bertemu semula, satu kebenaran membunuh segala perasaan yang bersarang di hatinya. Dia tahu, itu adalah pengakhiran mereka. Dia juga tahu itu adalah penutup kisah mereka. Tiada apa lagi yang boleh dibuat untuk menyelamatkan ikatan suci antara mereka. "Tak apa abang. Eton reda. Mungkin setakat ni saja jodoh kita." "Abang akan pergi jauh dari sini." Masing-masing akur dengan tulisan takdir kisah cinta mereka. Bila kebenaran yang cuba diselindungkan mula terbongkar... "Mama tak ada anak pentingkan diri macam kamu." Diluah mati emak. Ditelan mati bapa. Pilihan yang diberi tetap tidak menghilangkan kesedihan dalam hidup mereka. Kisah kita kali ini akan menjadi titik tolak pengakhiran kisah bahagia antara Eton dan Bakar.