"Waktu kita tengah cuba faham dengan keadaan, waktu itu juga keadaan terlalu memaksa untuk sekadar memberi harapan." - Saat dua hati disatukan, ianya mencipta sebuah hubungan yang memerlukan erti keikhlasan. Namun, jika salah satu empunya segumpal daging itu cuma terpaksa menerima... Mampukah untuk terus bertahan sendirian? Mungkin benar. Cinta itu hanya perlu melihat orang yang dicintai itu bahagia. Walaupun bukan bersama orang yang mencintainya. Kerana, cinta itu tidak semestinya untuk dimiliki. Tapi, orang yang benar-benar ikhlas mencintai itu akan tetap bertahan meskipun berkali-kali dilukai. __________ √ klise √ santai √ cringe __________ ©𝐇𝐀𝐊 𝐂𝐈𝐏𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐄𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀