Selepas terpisah dalam satu kemalangan, Rosé menghadapi kehidupan seorang diri. Tanpa ibu, dan insan bergelar seorang adik di sisi. Perkara ini berterusan hampir dua dekad lamanya sehinggalah dia pulang ke negara Korea Selatan. Namun, kepulangannya itu bukanlah atas kerelaan diri, tetapi lebih kepada keterpaksaan. Kehadiran gadis itu bikin negara bertambah huru-hara kerana sebelum ini, negara itu telah mencatat banyak kes penculikan menyebabkan rasa bimbang sering dialami oleh masyarakat sekeliling. Walau bagaimanapun, Rosé perlu menyiasat sesuatu di atas permintaan ahli keluarganya. Terpaksalah dia hidup sebagai seorang pelarian di negara tersebut, meskipun dia tahu yang dirinya tidak bersalah. Dalam masa yang sama, Rosé juga ingin melaksanakan hasratnya yang sudah lama tersemat dalam sanubari, sehinggalah dia sedar bahawa selama ini dia telah diperhatikan oleh seseorang. STARTED : 17012023 COMPLETED : 03052023 >>> inspired by Marvel's Movies >>> semua watak, tempat, jalan cerita serta hidup dan mati adalah REKAAN SEMATA-MATA dan TIDAK BENAR >>> DILARANG menciplak❗ >>> 1800 - 2300 words for each chapter