Ridhwan Nichol (Red). Hidup gaya yang suka bersosial secara bebas, sentiasa clubbing dan melanggar hukum tuhan sewenang-wenangnya. Sehingga dia terlibat dalam kemalangan kereta yang menemukan dia dengan seorang gadis, Mikayla. Pertemuan mereka berdua buat Ridhwan berminat untuk mengenal Mikayla lebih rapat. Tapi gadis itu orang alim dan baik, kontra dengan dirinya yang rosak akhlak serta akidah. Ridhwan ambil tindakan untuk merapati Mikayla, dengan pura-pura ingin belajar tentang agama lebih dalam. Takkan gadis sebaik itu tak mahu menghulurkan pertolongan kan? Dalam perjalanan untuk merapati gadis itu, tanpa sedar Ridhwan turut kembali ke pangkal jalan. Lelaki itu lebih mengenali agama yang sudah lama dia tinggalkan. Namun sewaktu hati mula ikhlas dan jujur, dugaan mula diuji. " Terima kasih atas segalanya." - Mikayla " Kalau betul aku perlu menerima takdir ini untuk mendapat keredhaanMu, kenapa sakit sangat ya Allah?" - Ridhwan Doa aku hanya satu. Lupakan dia dari kotak memori ini.