A ROMANCE STORY BY AISYWA EBOOK 2023 Ketenangan Nur Izara terganggu dek kehadiran seorang lelaki yang sangat menyebalkan. Ketika dia lewat ke kelas, dengan senang hati lelaki yang sombong lagi dingin macam beruang kutub mencuri tempat parkirnya. "Helo, cik abang. Tak nampak ke kereta saya dah nak masuk parkir ni tadi?" - NUR IZARA NUR IZARA bersumpah jika dia jumpa lelaki itu sekali lagi, dia akan ganyang cukup-cukup! Dasar miskin adab. Doa NUR IZARA bagai termakbul apabila lelaki aka beruang kutub itu ialah pensyarah baru di universitinya. Lebih tepat lagi, beruang kutub itu salah seorang pensyarah yang akan mengajar kelasnya pada semester baru. "I want you to be my accountant, because it's too taxing for me not to love you." - FAHD HUZAYR Kalau kebanyakan pelajar di universiti ini tak berhenti memuji dan ada hati terhadap lelaki bernama Fahd Huzayr itu, tolong buang NUR IZARA dari golongan itu. Kerana dia adalah orang pertama yang akan tubuhkan Kelab Anti-Sir Huzayr. Benci la macam mana pun, tapi kalau mereka seperti dua kutub magnet yang berbeza, tetap akan kembali pada satu sama lain. "Awak memang tak nak bagi peluang kat saya?" - KU ZAHIN NUR IZARA mula berasa kacau bilau apabila si beruang kutub tiba-tiba rebut hatinya dan ada lelaki lain turut meluah perasaan. Dia berasa ini semua adalah gila dan mimpi! Tolong keluarkan dia dari situasi ini! "I'm your fixed assets to keep and love." - NUR IZARA HAK CIPTA TERPELIHARA AISYWA, 2023