<< 𝐊𝐚𝐩𝐭𝐞𝐧 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐀𝐫𝐲𝐚𝐧 >> Yusuf Aryan yang berpangkat Kapten seorang juruterbang profesional. Tentu saja mempunyai rupa paras yang kacak dan mempesona. Juga seorang yang berilmu agama. << 𝐈𝐫𝐢𝐳 𝐀𝐥𝐚𝐧𝐚 >> Seorang wanita yang sangat cantik dan seksi di mata para lelaki. Berusia 25 tahun. Alana tidak begitu tahu tentang ilmu agama. Atau boleh dikatakan... Jahil. Alana sudah lama bernafas dalam himpitan maksiat. Arak, dadah, bersentuhan... Semuanya sebati dalam dirinya walau banyak kali ditegur dan dimarahi oleh kedua orang tuanya. Alana sememangnya mempunyai teman lelaki. Malah setiap tahun menukar teman lelaki. Sehingga suatu hari, Alana mengandung... Dia tidak pasti anak didalam kandungannya milik siapa. Terlalu banyak lelaki di kelilingnya. Tentu saja lelaki-lelaki itu tidak mahu mengaku dan bertanggungjawab. Alana pula bersungguh-sungguh hendak menggugurkan kandungannya namun ditegah kuat oleh ibu bapanya. Kerana tidak sanggup menanggung malu, kedua ibu bapanya menghantar Alana ke pusat pemulihan. Disitu, tempat dimana wanita-wanita yang dianiaya atau rela melakukan maksiat akan tinggal disitu. Memang pada awalnya Alana sangat benci akan tempat itu. Bergaul dengan wanita-wanita yang kononnya sudah bertaubat dengan perbuatan mereka. Dia selalu bersangka buruk terhadap orang lain. Hingga suatu hari Alana dijodohkan dengan seorang jejaka tampan segak bergaya. Siapa lagi kalau bukan Kapten Yusuf Aryan. Alana benar-benar hairan. Lelaki ini tahu bahwa dirinya sedang sarat mengandung anak entah milik siapa dan tetap bertegas hendak menghalalkannya. Dan ia membuat Alana sangat membenci Aryan. Bagi Alana, Aryan tidak harus bersetuju menikahinya kerana rancangan Alana untuk terus bebas setelah dia melahirkan nanti pasti punah kerana Aryan sudah menjadi suaminya. Niat utama Aryan hendak menghalalkan Alana ialah kerana dendam...